KATA-KATA penyanyi Allahyaram Joey BPR tentang kematian antara yang menjadi ingatan buat isterinya Zarinah Zainal, 60. Menurut Zarinah, suaminya itu pernah memberitahu dia berharap akan pergi dengan tenang tanpa susahkan orang lain. Malah Allahyarham juga ada bermimpi bertemu keluarga yang telah meninggal dunia beberapa minggu sebelum menghembuskan nafas terakhir pada pagi Sabtu. Zarinah kongsi Joey pernah bermimpi arwah ibunya beberapa minggu lalu.“Dia selalu cakap kalau meninggal dunia tidak mahu susahkan saya. Dia akan pergi begitu sahaja. “Beberapa minggu lalu dia ada cerita berjumpa arwah ibunya seperti memanggil. Katanya seronok dapat jumpa arwah ibu walau dalam mimpi. Ketika itu saya hanya diamkan sahaja,” katanya. Zarinah ditemui di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Kamarool Yusoff meninggal dunia akibat masalah jantung ARTIKEL BERKAITAN: Joey BPR meninggal duniaAllahyarham Joey atau Johari Mat Rozekhi, 63, disahkan meninggal dunia di HKL pada pagi Sabtu akibat komplikasi jantung.Terdahulu, Allahyarham rebah secara tiba-tiba ketika membuat persembahan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.Bercerita tentang keperibadian suaminya, Zarinah memberitahu Allahyaraham seorang yang sangat baik, penyanyang dan pemurah. “Nampak dia seorang yang lantang tetapi sangat baik orangnya. Dia sangat sukakan kucing dan kanak-kanak. Arwah tidak suka susahkan orang lain. “Semalam selepas tamat sound check dia sempat membeli makanan untuk diberikan kepada pengawal keselamatan,” ujarnya. Zarinah akui arwah suami sukakan kucing dan kanak-kanak.Joey sepatutnya dijadualkan terlibat dengan beberapa persembahan termasuk satu tawaran menyanyi di Serdang, Selangor pada Sabtu. “Rasanya arwah pergi dengan gembira. Dia disambut dengan ramai orang semalam,” luahnya. Jenazah akan dibawa ke Masjid Ukay Perdana, Ampang untuk pengurusan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas solat Asar.Joey merupakan vokalis kumpulan BPR yang mula aktif dalam dunia seni sekitar 1985.Allahyarham pernah menghasilkan empat album penuh bersama BPR iaitu, Selamat Pagi Malaysia keluaran 1987, Bisa (1988), Kelab Jiwa Luka (1989) dan Era 90an (1991).Antara lagu popular daripada album-album tersebut ialah Dari Sinar Mata, Seribu Tahun Takkan Mungkin, Aku Hanya Serangga, Harum Subur di Hati dan Air Mata Jernih.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube