suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Fazley Yaakob ubah pandangan wanita mekap tebal, Vida berjaya tunjuk sisi berbeza... “Saya yakin dia pilihan terbaik”

JIKA sebelum ini Datuk Fazley Yaakob mengakui tidak menggemari wanita yang mengenakan solekan tebal, namun kali ini pandangannya berubah selepas mengenali Datuk Seri Vida (DSV).

Kata Fazley atau atau Ahmad Fadzli Yaakob, 48, Vida memiliki karakter berbeza ketika berada di tempat umum dan semasa di belakang tabir.

"Sekarang ini bila saya dengan DSV, apa anda (netizen) lihat adalah yang bermekap tebal tetapi apa yang saya nampak di belakang tabir itu dia seorang yang tidak terlalu bersolek. 

"Tapi bagi DSV mekap itu adalah persona beliau. Saya okay dengannya.

Fazley (kanan) sebelum ini menasihati lelaki menjauhi wanita bermekap tebal.

"Bila DSV tidak melakukan sesi siaran langsung di TikTok, mekapnya sangat minimum. Itu yang membuatkan saya yakin bahawa dia adalah pilihan terbaik," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fazley menjelaskan hantaran di platform Threads mengenai wanita yang bersolek tebal sebelum ini tidak pernah dibuat dengan niat untuk mencari pasangan.

"Sebenarnya masa saya buat Threads itu memang tidak pernah bercita-cita untuk bertemu (berkenalan) dengan sesiapa. 

"Saya memperkatakan tentang anak-anak muda yang bermekap tebal, tapi ramai yang memberi respons terhadap hantaran tersebut," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Siapa cakap saya tak ada duit?” - Fazley sangkal dekati Vida kerana harta, jadikan tohmahan satu cabaran

ARTIKEL BERKAITAN: Fazley Yaakob lebih hati-hati kongsi kandungan dengan Vida, mohon maaf paparan kurang sesuai

Tambah penyanyi lagu Asmara Ini lagi, Vida memiliki sisi peribadi berbeza berbanding apa yang dipertontonkan kepada umum.

Sudah mengenali hati budi, Fazley mengakui Vida seorang wanita yang tenang, sopan dan bersahaja apabila tidak berada di hadapan kamera.

"Apa anda lihat DSV semakin terkawal... saya jatuh hati kerana di belakang kamera dia adalah individu berbeza. 

"Tenang, sopan santun, gelak ketawanya yang anda lihat memang asli, mekap dan gayanya juga bersahaja. 

Kecantikan Vida berjaya memikat hati Fazley.

"Itu adalah DSV yang saya kenal tapi apabila anda melihat dalam realiti yang dipertontonkan, itu adalah persona yang terhasil," katanya.

Sebelum ini, Fazley menerusi hantaran di Threads pernah mengingatkan golongan lelaki agar tidak mudah terpedaya dengan wanita yang gemar mengenakan solekan tebal termasuk melukis kening.

Namun selepas melihat keakraban hubungan Fazley dan Vida atau Hasmiza Othman, 55, netizen mula mengungkit hantaran tersebut kerana usahawan sensasi berkenaan terkenal dengan solekan tebal dan fesyen menyerlah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain