PENYANYI dan pelakon Kael membuat kejutan apabila melamar kekasihnya, Engku Sulwani, sempena ulang tahun kelahiran wanita itu yang ke-35 pada Jumaat.Kael atau nama sebenarnya Michael Lean Chien, 37, berkata dia sudah merancang kejutan tersebut sejak enam bulan lalu. Menurutnya, hasrat untuk melamar Sulwani juga mendapat restu daripada ibu bapa kekasihnya itu yang berada di Kelantan sejak tiga bulan lalu.Engku Sulwani (kanan) menerima lamaran Kael selepas dua tahun menjalin hubungan cinta.“Sebenarnya saya sudah merancang kejutan ini untuk melamar Sulwani sejak enam bulan lalu.“Tetapi saya sendiri tidak tahu mana yang patut, saya rasa gementar kerana persiapan semuanya perlu dibuat satu persatu.“Saya pilih hari ini sebab ia sangat istimewa buat dia. Sejak tahun lalu, pelbagai acara penting dilaluinya dan saya sentiasa berada di sisi.ARTIKEL BERKAITAN: Kael peluk Islam selepas 4 tahun mencari jawapan, kekasih hanya jadi pemangkin semangat!ARTIKEL BERKAITAN: Kael selamat peluk Islam, mahu dalami agama dulu sebelum kahwini teman wanita“Jadi saya rasa hari ini adalah peluang terbaik,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu baharunya berjudul Senyum di Selangor pada Jumaat.Dalam kejutan tersebut, Kael dilihat melutut sambil menghulurkan sebentuk cincin berlian dua karat kepada Sulwani yang turut menerima sejambak bunga mawar merah.Biarpun sudah melamar, pasangan itu masih belum menetapkan tarikh perkahwinan, namun menyasarkan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan.“Buat masa sekarang belum ada lagi (tarikh) sebab kami mahu buat perancangan itu langkah demi langkah. Kalau boleh terus kahwin sebab sudah tidak sabar.ENGKU SULWANIMODEL“Insya-Allah, kami melihat kepada tahun depan dan doakan semua perancangan berjalan lancar,” ujarnya.Sementara itu, Sulwani mengakui terkejut apabila dilamar Kael kerana menyangka mereka hanya akan menyambut ulang tahun kelahirannya.Bercerita mengenai perancangan majlis merisik dan pertunangan, Sulwani memberitahu dia lebih selesa sekiranya ia diadakan secara ringkas.Kael (kiri) memeluk Islam pada 3 Ogos lalu.“Saya sebenarnya tidak suka kejutan, tetapi dia pilih hari ini juga untuk buat kejutan. Tapi saya gembira saya akan jadi isteri dia.“Saya lebih suka yang sederhana sahaja. Kalau boleh terus kahwin sebab sudah tidak sabar,” katanya.Sebelum ini, menerusi satu temu bual pada Oktober 2025, Kael mendedahkan dirinya sedang mendalami agama Islam sebelum membuat keputusan untuk menikahi kekasihnya itu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube