PELAKON Scha Alyahya menyifatkan setiap kritikan yang diterima terhadap filem lakonannya, 5 Bomoh, sebagai sesuatu yang positif kerana ia membuktikan karya berkenaan mendapat perhatian penonton.Scha atau Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 43, berkata, lebih membimbangkan sekiranya sesebuah karya langsung tidak diperkatakan kerana keadaan itu mungkin menunjukkan tiada penerimaan masyarakat. "Kalau orang tidak memperkatakan langsung, saya rasa mesti ada yang tak kena. "Bila orang memberi kritikan maknanya mereka sudah menonton dan tahu tentang filem itu. Antara komen yang diterima di media sosial mengenai filem 5 Bomoh."Jadi ia juga menjadi satu sumbangan kepada industri, biasalah ada perkara positif dan negatif yang perlu kita terima. Bukanlah semuanya perkara baik saja," katanya kepada mStar.Scha berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara perasmian CirKLe Makan-Makan Merdeka Semester yang diadakan di The Campus Ampang, Kuala Lumpur pada Jumaat. Dalam pada itu, Scha memberitahu dia turut membaca pelbagai respons positif daripada penonton yang mengakui terhibur dengan jalan cerita filem berkenaan.Malah, dia percaya 5 Bomoh merupakan sebuah naskhah ringan yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.ARTIKEL BERKAITAN: Scha Alyahya setuju pandangan Yusuf Bahrin, industri seni Malaysia tak macam Hollywood... “Orang tak nampak struggle”ARTIKEL BERKAITAN: Kawan ajak jumpa bomoh untuk berubat, Ozlynn tolak percaya unsur mistik"Komen lain yang saya baca mereka (penonton) terhibur dan seronok menonton filem ini. Boleh bawa seisi keluarga menonton. "Tapi tak kena dengan selera anda, saya hormati. "Bagi saya kalau tiada kritikan lebih bahaya, mungkin tidak ada penerimaan langsung," ujarnya. Kalau orang tidak memperkatakan langsung, saya rasa mesti ada yang tak kena. SCHA ALYAHYAPELAKONSementara itu, Scha menjelaskan dia menerima tawaran membintangi filem tersebut kerana tertarik dengan karakter yang ditawarkan selain menyukai pendekatan pengarah, Syed Fariz serta jalan cerita naskhah berkenaan."Kalau nak menjawab kenapa saya terima tawaran ini, sebab rasanya ia sesuai dengan karakter saya. Saya suka pengarah filem ini, bila baca skrip memang kelakar. "Apa yang membuatkan saya terima adalah kerana tahu ia sebuah naskhah untuk tontonan seisi keluarga. Tidak ada kekangan umur untuk menonton. Scha memandang setiap kritikan secara positif."Hala tuju itu yang membuatkan saya rasa bersetuju untuk berlakon dalam filem ini. Senang juga nak promosikan kerana saya juga seorang ibu," katanya.Sebelum ini, 5 Bomoh menerima kritikan negatif daripada netizen yang menyifatkan filem berkenaan sebagai sebuah naskhah yang tidak berbaloi untuk ditonton.Malah, kehadiran barisan pelakon popular seperti Datuk Aaron Aziz, Datuk Amy Search, Datuk Afdlin Shauki, Ozlynn dan Johan dilihat belum cukup untuk menyelamatkan 5 Bomoh daripada menjadi sasaran kritikan penonton.5 Bomoh ditayangkan di pawagam pada Jun lalu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube