suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kael peluk Islam selepas 4 tahun mencari jawapan, kekasih hanya jadi pemangkin semangat!

Kael sudah lama berhasrat untuk mendalami Islam.

PENYANYI dan pelakon Kael mendedahkan keputusan memeluk Islam pada 3 Ogos lalu bukan semata-mata didorong keinginan untuk berkahwin dengan kekasihnya iaitu Engku Sulwani.

Sebaliknya, Kael atau nama sebenarnya Michael Lean Chien, 37, berkata hasrat untuk mendalami Islam sudah tersemat dalam dirinya sejak empat tahun lalu, sebelum dia mengenali wanita berkenaan.

"Kami berkenalan sudah lebih dua tahun tetapi sebelum itu lagi saya memang sudah menyimpan hasrat untuk memeluk Islam.

"Selama empat tahun ini, saya sentiasa bertanya pada diri sendiri. Cuma ketika itu saya masih mencari. Sebelum saya bertemu dengan pasangan pun, saya memang sudah ada niat," katanya ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu baharunya berjudul Senyum di Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Kael sudah merancang untuk bernikah dengan kekasih.

Kael bagaimanapun tidak menafikan kehadiran Engku Sulwani menjadi antara faktor yang menguatkan lagi keputusannya untuk memeluk Islam.

"Apabila saya bersama dengannya, saya percaya dia bagaikan satu pemangkin kepada keputusan saya.

"Bukan dia yang membuatkan saya memeluk Islam tetapi dia menjadi satu pemangkin kerana perkara yang sangat penting bagi saya adalah sokongan," ujarnya.

Dalam pada itu, Kael mengakui sememangnya mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya, namun tidak mahu terburu-buru membuat keputusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kael selamat peluk Islam, mahu dalami agama dulu sebelum kahwini teman wanita

ARTIKEL BERKAITAN: Video berpelukan dengan model tular, Kael sahkan bercinta dengan Engku Sulwani… “Saya ada niat untuk menikahi dia”

Ini kerana dia masih perlu mendalami agama Islam dan dalam masa sama mencari waktu sesuai untuk berkahwin.

"Secara ikhlas, saya memang ada rancangan untuk berkahwin dengan pasangan saya. Tetapi benda ini pun satu proses kerana saya tidak mahu membuat keputusan secara melulu.

"Keutamaan saya sekarang adalah mendalami Islam kerana keputusan ini amat besar. Kalau saya campur adukkan semua perkara, ia boleh menimbulkan tekanan.

"Pertama sekali, saya ikhlas dan hati saya terbuka untuk kembali kepada Islam. Langkah seterusnya dalam proses menuju perkahwinan atau membina rumah tangga, saya perlukan ruang dan masa untuk belajar dengan lebih mendalam, langkah demi langkah.

Kael bersama kekasih hati, Engku Sulwani.

"Insya-Allah, dalam perancangan untuk berkahwin mungkin tahun hadapan, dalam tempoh enam bulan lagi," ujarnya.

Pada Selasa lalu, Kael secara terbuka memaklumkan dirinya sudah memeluk agama Islam melalui satu hantaran yang dimuat naik Instagram.

Dalam hantaran tersebut, Kael dilihat hadir ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama teman wanitanya, Engku Sulwani.

Sebelum ini, menerusi satu temubual pada Oktober 2025, Kael mendedahkan dirinya sedang mendalami agama Islam sebelum membuat keputusan untuk menikahi kekasihnya itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain