suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat lagu dialek Kelantan kena dengar! El Riss, Eda Ezrin bersatu suara dalam ‘Jange Curey Adek Saye’

Gandingan Eda (kiri) dan El Riss dinantikan peminat.

KOLABORASI dua penyanyi kelahiran Kelantan iaitu El Riss dan Eda Ezrin menerusi lagu Jange Curey Adek Saye menjadi antara karya yang dinantikan peminat muzik tempatan.

Lebih menarik, lagu tersebut mempertemukan dua penyanyi daripada generasi berbeza dalam sebuah karya yang mengetengahkan bahasa, budaya serta identiti muzik negeri Kelantan.

Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail sememangnya cukup sinonim dengan muzik Kelantan dan sudah aktif dalam bidang nyanyian sejak usia muda.

Eda (kiri) dan El Riss bergandingan buat kali pertama.

Manakala, El Riss pula hadir dengan momentum tersendiri selepas lagu Lukisan mencatat lebih 17 juta tontonan di YouTube.

Menurut El Riss, kolaborasi bersama Eda memberikan pengalaman baharu buat dirinya memandangkan sebelum ini dia lebih banyak tampil secara solo dengan lagu berkonsep jiwang dan galau.

“Lagu baharu kali ini berbeza sebab selalunya solo tetapi kali ini duet dengan genre berbeza.

“Lagu jiwang atau galau ini selalu sangat saya keluarkan tetapi kali ini lain sedikit apabila saya cuba menyanyi lagu dengan dialek negeri saya iaitu Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN: Eda Ezrin abai kecaman, hidup lebih tenang

ARTIKEL BERKAITAN: Dialek Kelantan masih pekat, Eda Ezrin belum sedia rakam single Melayu

“Kami berdua orang negeri Kelantan jadi apa salahnya. Sejujurnya saya risau juga sebab Eda merupakan nama besar berbanding dengan saya.

“Mula-mula agak kekok untuk menyanyikan lagu ini walaupun saya orang Kelantan. Syukur proses rakaman semuanya berjalan lancar,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Jange Curey Adek Saye mengangkat kisah hubungan pasangan yang disampaikan dalam dialek Kelantan, lengkap dengan elemen kasih sayang, gurauan, cemburu dan pujuk-memujuk.

Penggunaan dialek Kelantan menjadi antara tarikan utama lagu berkenaan, sekali gus memberikan kelainan kepada gandingan dua penyanyi tersebut.

Eda (kiri) dan El Riss kekalkan identiti Kelantan.

Selain menampilkan karakter vokal masing-masing, lagu itu turut menggabungkan pendekatan muzik yang lebih segar dengan identiti muzik Pantai Timur.

Menerusi kolaborasi tersebut, El Riss dan Eda bukan sahaja menyatukan dua suara, malah turut membawa bersama dua kelompok peminat daripada generasi berbeza.

Muzik video rasmi Jange Curey Adek Saye akan dilancarkan pada Jumaat, 28 Ogos 2026 menerusi platform digital rasmi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain