PENYANYI Eda Ezrin mengakui masih belum cukup yakin untuk merakamkan lagu dalam bahasa Melayu standard kerana bimbang sebutan dialek Kelantannya yang masih pekat menjadi perhatian pendengar.Eda atau Wan Norshaheeda Azlin Wan, 31, berkata dia pernah menyanyikan lagu selain dalam dialek Kelantan, namun merasakan belum tiba masanya untuk tampil dengan single dalam genre atau bahasa lain. “Saya pernah saja menyanyikan lagu lain selain dialek Kelantan, tapi kalau untuk merakamkan single itu mungkin belum masanya lagi. Eda popular menerusi lagu-lagu berdialek Kelantan.“Perkataan sebutan Kelantan saya masih terlalu pekat dan belum ada rasa keyakinan diri. “Takut pula nanti orang cakap saya menyanyi ‘bau budu’ (bunyi Kelantan). Tak boleh, masih belum biasa lagi,” katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Eda mendedahkan dia sudah menerima beberapa tawaran daripada komposer untuk merakamkan lagu dalam bahasa Melayu standard.ARTIKEL BERKAITAN: Eda Ezrin abai kecaman, hidup lebih tenangARTIKEL BERKAITAN: Konsert Kelate Ke KL 2026 peluang penyanyi wanita Kelantan beraksi di pentas besarBagaimanapun, buat masa ini dia lebih selesa memberi tumpuan kepada lagu-lagu berbahasa Kelantan yang sudah sinonim dengan dirinya.“Dah ada komposer yang beri tawaran nak bagi lagu tapi buat masa ini saya hanya terima lagu bahasa Kelantan saja dulu. Perkataan sebutan Kelantan saya masih terlalu pekat dan belum ada rasa keyakinan diri. EDA EZRINPENYANYI“Insya-Allah saya akan cuba sikit demi sedikit (menyanyi lagu bukan Kelantan),” ujarnya.Nama Eda Ezrin mula menjadi perhatian menerusi lagu-lagu berbahasa Kelantan yang mendapat sambutan hangat di platform digital.Antara lagu paling popular nyanyiannya ialah Cinta Setandan Pisang, Berakhirnyo Cinto Kito dan Adek Saye Abe Sore. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!