suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Haqiem Rusli bersedia jadi bapa

Haqiem sudah bersedia untuk menimang cahaya mata.

PENYANYI Haqiem Rusli dan isteri, Anis Sofea kini sudah bersedia untuk menimang cahaya mata pertama mereka dan menyerahkan soal zuriat sepenuhnya kepada ketentuan Allah.

Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 28, berkata dia sangat mempercayai takdir dan tidak akan berkecil hati sekiranya rezeki untuk bergelar bapa mengambil masa yang lama.

"Bagi saya, kami sudah bersedia untuk menimang cahaya mata tetapi masih belum ada rezeki lagi buat masa sekarang.

Haqiem akur dengan aturan yang sudah ditetapkan. 

"Saya percaya dengan takdir Allah, kalau Allah cakap lagi 10 tahun (baru dapat anak), saya terima sahaja. 

"Jawapan saya mudah, saya ikut sahaja perancangan-Nya. Mana yang baik saya ikut," katanya kepada mStar.

Ditanya mengenai usaha atau ikhtiar termasuklah mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan, pelantun lagu Mimpi itu menjelaskan mereka masih belum melakukan perkara tersebut.

"Oh, tidaklah sampai ke arah itu (berjumpa doktor)," jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Status suami ubah sikap dan penampilan Haqiem Rusli jadi lebih baik

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bulan ‘cut sugar’, Haqiem Rusli capai sasaran 64 kilogram... Dah dapat semula jawline

Dalam pada itu, Haqiem meluahkan rasa syukur kerana pihak keluarga sangat memahami situasi mereka dan tidak pernah memberikan sebarang tekanan berhubung soal zuriat.

"Keluarga menekan? Tidak ada, semua okey. Semua menghormati kami," ujarnya.

Sementara itu, Haqiem mengakui pertanyaan mengenai anak sering kali diajukan oleh peminat mahupun orang ramai setiap kali dia menjadi artis jemputan untuk melakukan persembahan.

Haqiem dan isteri tidak terasa hati apabila ditanya mengenai zuriat. 

Tidak melatah dengan situasi tersebut, Haqiem menganggap perkara itu sebagai satu lumrah selain memuji sikap isterinya yang sentiasa tenang berdepan dengan usikan atau pertanyaan netizen.

“Ada sahaja yang bertanya (soal anak). Itu lumrah saya rasa.

"Tapi saya tidak marah pun, isteri juga okey sahaja dengan perkara itu. Dia pun sudah kalis kecaman," katanya.

Untuk rekod, Haqiem dan Anis Sofea atau nama sebenarnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 24, sah bergelar suami isteri pada 19 November 2021. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

 

Artikel Lain