PELAWAK Ropie dilaporkan pengsan secara tiba-tiba ketika menjalani penggambaran di Shah Alam, Selangor pada Jumaat.Berkongsi perkara tersebut, rakan artisnya iaitu pelakon Zalif Sidek memberitahu situasi bertukar cemas apabila Ropie rebah di lokasi berkenaan. Menerusi hantaran yang dimuat naik, Ropie dikatakan pengsan akibat cuaca panas.Keadaan Ropie dilaporkan stabil selepas menerima rawatan. "Sesuatu yang tak pernah kita sangka. Ketika menjalani penggambaran di luar, tiba-tiba sahabat kita, Ropie jatuh dan pengsan. Dipercayai akibat strok haba dan cuaca jerebu sekarang."Dalam sekelip mata, suasana penggambaran yang biasa bertukar menjadi cemas. Kita hanya mampu berdoa agar Ropie diberi kesihatan dan dipermudah segala urusan," katanya.Zalif turut berkongsi gambar yang memaparkan Ropie sedang terduduk dan dibantu oleh orang sekeliling yang turut berada di lokasi.ARTIKEL BERKAITAN: Ropie teringin bawa watak serius tapi muka dah dicop sebagai pelawak - “Sekarang ini pelakon komedi tak macam dulu...” ARTIKEL BERKAITAN: Ropie tak mahu lagi sertai pertandingan komedi, usia makin meningkat mudah stresPelawak itu kemudian diberi rawatan segera oleh petugas perubatan yang bergegas ke lokasi kejadian.Membalas komen di ruangan komen, Zalif juga memaklumkan keadaan Ropie kembali stabil."Isteri dia beritahu Ropie dah okay dan boleh makan. Cuma dia perlu rehat," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube