PENYANYI Joey yang juga merupakan bekas vokalis kumpulan BumiPutra Rockers (BPR) dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pagi Sabtu. Berita duka itu dikongsi sendiri oleh isteri Allahyarham iaitu Zarinah Zainal yang memberitahu Joey meninggal dunia sekitar pukul 8.11 pagi. "Saya, isteri kepada Johari Mat Rozekhi (Joey BPR) ingin memberitahu Johari telah kembali ke Rahmatullah pada 29 August 2026, 8.11 pagi di HKL," katanya ringkas. Joey terlibat dengan sebuah persembahan di Kuala Lumpur pada malam Jumaat. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 63 tahun. Joey atau Johari Mat Rozekhi dikatakan tiba-tiba rebah selepas membuat persembahan dalam sebuah acara di Kuala Lumpur pada malam Jumaat. Dia dikejarkan ke HKL bagi menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia. ARTIKEL BERKAITAN: Kamarool Yusoff meninggal dunia akibat masalah jantung ARTIKEL BERKAITAN: Rawi MS meninggal dunia"Sampai di hospital doktor sahkan ada pendarahan. Dia juga ada komplikasi jantung tersumbat."Benda berlaku terlalu cepat," kongsi isteri Allahyarham. Joey merupakan vokalis kumpulan BPR yang mula aktif dalam dunia seni sekitar 1985.Allahyarham pernah menghasilkan empat album penuh bersama BPR iaitu, Selamat Pagi Malaysia keluaran 1987, Bisa (1988), Kelab Jiwa Luka (1989) dan Era 90an (1991).Antara lagu popular daripada album-album tersebut ialah Dari Sinar Mata, Seribu Tahun Takkan Mungkin, Aku Hanya Serangga, Harum Subur di Hati dan Air Mata Jernih.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube