PENYANYI Acong antara rakan artis yang terdekat melihat vokalis kumpulan BPR iaitu Allahyarham Joey rebah ketika mereka sama-sama terlibat membuat persembahan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada malam Jumaat. Berkongsi detik itu, Acong atau Ahmad Fauzi Manat, 53, juga tidak menyangka detik itu menjadi kenangan terakhir bersama Allahyarham. “Semalam bertindak sebagai pengacara. Bila nak sampai giliran menyanyi dia peluk saya. Nampak macam biasa sahaja. Allahyarham Joey sempat tampil membuat persembahan pada Jumaat. “Ketika lagu kedua Aku Hanya Serangga dia dah duduk mencangkung dan bila nak bangun semula nampak tak seimbang. Dia teruskan nyanyian pun dalam keadaan terhuyung-hayang. “Isterinya beritahu mungkin disebabkan kasut kerana dia jarang pakai kasut itu. Saya naik ke atas pentas dan suruh dia cut sahaja persembahan,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu. Allahyaram Joey atau Johari Mat Rozekhi, 63, disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pagi Sabtu selepas secara tiba-tiba rebah ketika membuat persembahan sempena program Laman Santai Seni Budaya Pesona Malaysia, di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada malam Jumaat. ARTIKEL BERKAITAN: Joey BPR meninggal dunia ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dedah Joey BPR beri ‘bayangan‘ hal kematian sebelum meninggal dunia, jenazah dikebumi selepas AsarJoey kemudian di bawa ke HKL bagi mendapatkan rawatan lanjut dan kemudian disahkan mengalami pendarahan pada bahagian otak. Terkejut mendengar berita pemergian Allahyarham, menurut Acong dia hanya mendapat tahu tentang perkara tersebut melalui media sosial. “Ketika dia dibawa oleh ambulans nampak macam biasa sahaja. Memang tak sangka dia akan meninggal dunia. Joey meninggal dunia pada pagi Sabtu di HKL. “Saya hanya dapat tahu dia meninggal duni dia media sosial pada pagi Sabtu,” jelasnya. Senagai seorang sahabat, Acong menyifatkan Allahyarham seorang penyanyi legenda sepanjang bersama kumpulan BPR (BumiPutra Rockers). “Satu kehilangan yang sangat dirasai. Saya sempat bergurau dengan arwah semalam. Dia seorang yang baik dan disenangi. “Ketika memperkenalkan namanya, saya sebut dia sebagai seorang penyanyi legenda,” luahnya. Jenazah akan dibawa ke Masjid Ukay Perdana, Ampang untuk pengurusan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana selepas solat Asar.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube