KIRA-KIRA 13 tahun bergelar ibu tunggal, pelakon Rita Rudaini mengimbau kembali pahit getir yang dilalui selepas berdepan kekecewaan dalam rumah tangga.Menerusi hantaran di TikTok, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, mengenang kembali perjalanan hidupnya dalam membentuk dirinya menjadi seorang wanita yang lebih kuat. “Saya tidak kehilangan diri saya dalam kekecewaan. Saya mendapat diri saya selepasnya.Foto-foto yang memaparkan Rita sentiasa tenang ketika berada di mahkamah.“Terima kasih atas pengalaman, ia tidak menghancurkan saya, ia membina saya,” katanya menerusi ruangan komen.Dalam hantaran sama, Rita turut berkongsi beberapa keratan akhbar yang menjadi saksi kepada pelbagai kepayahan dilaluinya sepanjang tempoh berumah tangga.Keratan akhbar tersebut antaranya mengisahkan perjuangannya turun naik mahkamah bagi mendapatkan keadilan buat dirinya serta dua anak.ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini besarkan anak seorang diri, jangan kaitkan kejayaan dengan mana-mana individuARTIKEL BERKAITAN: “Bukan duit persatuan“ - Rita Rudaini keluar kos sendiri rancang menu makanan anak duduki percubaan SPMBagaimanapun, segala kepayahan yang dilalui itu kini dilihat sebagai sebahagian daripada perjalanan hidup yang membentuk dirinya menjadi wanita lebih tabah.Malah, Rita turut berkongsi kejayaan yang diraih selepas melalui segala keperitan tersebut, termasuk pencapaian dua anaknya yang menjadi kebanggaan dirinya sehingga kini.Perkongsian tersebut menjadi perhatian ramai yang rata-rata kagum melihat kekuatan Rita sebagai ibu tunggal dalam membesarkan anak-anak serta melalui ujian hidup.Keratan akhbar yang mengisahkan rumah tangga Rita dan bekas suami.Untuk rekod, Rita sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Aidil Zafuan pada 2008 namun sah bercerai pada 2013.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Rayyan, 17, dan Arjuna yang kini berusia 15 tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube