PELAKON Ikmal Amry tidak pernah melupakan tindakan berani sahabat baiknya, aktor Aedy Ashraf yang sanggup mempertaruhkan keselamatan diri demi mendapatkan semula telefon bimbitnya yang dicuri kira-kira 10 tahun lalu.Menurut Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 31, kejadian itu berlaku ketika mereka keluar makan bersama sebelum menyedari telefon miliknya hilang dan berjaya dikesan berada di satu lokasi. “Waktu itu kami keluar makan bersama, kemudian saya tak ingat telefon diletakkan di mana. Apa yang saya ingat, kali terakhir telefon itu ada ketika kami di tempat makan.“iPhone boleh dikesan, jadi pada mulanya memang kami tidak dapat mengesannya. Namun, selepas beberapa jam, kami mendapat tahu telefon itu berada di satu lokasi.Selain Aedy (kanan), Ikmal turut bersahabat baik dengan aktor Ben Ali (tengah).“Kami pun bergerak ke tempat tersebut dalam keadaan agak takut kerana memikirkan mungkin pencuri itu berkumpulan atau gangster,” katanya ketika dihubungi mStar.Dalam pada itu, Ikmal memberitahu sebaik tiba di lokasi, dia melihat empat lelaki sedang berkumpul sebelum meminta mereka bersabar dan tidak bertindak terburu-buru.“Saya tak sangka Aedy dan seorang lagi kawan berlari menyerang kumpulan tersebut dengan tangan kosong.“Bila kami minta dengan cara baik, mereka berkeras tak mahu memberikan telefon itu, sampailah berlaku sedikit pergelutan.ARTIKEL BERKAITAN: Ikmal Amry menangis Aedy Ashraf selit RM50 bawah dompet, kenang jasa baik sahabatARTIKEL BERKAITAN: ‘Tarung’ buat Aedy Ashraf rasa nak menangis setiap hari, tak peduli kata-kata sinis perlekeh kemampuan“Aedy terpaksa berkeras untuk mempertahankan diri. Saya keluar dari kereta dan lihat pergelutan itu sudah pun selesai,” ujarnya.Bagaimanapun, dalam perjalanan pulang, Aedy mengadu berasa mahu pengsan selain tangannya tidak lagi berasa dan mereka segera membawanya ke hospital.“Dalam perjalanan ke rumah, Aedy mengadu rasa nak pengsan dan tangannya tidak rasa (kebas). Kami pun terus ke hospital.“Aedy kena tahan dan kami pulang ke rumah dahulu. Keesokan harinya, apabila datang ke hospital, tahu-tahu dia sudah menjalani pembedahan tangan kerana tulang patah.“Baru saya dapat tahu malam itu juga dia ditidurkan sebelum dibedah,” katanya.Bercerita mengenai persahabatan mereka, Ikmal menganggap Aedy bukan sekadar seorang kawan, malah sudah seperti abang yang sentiasa melindungi orang di sekelilingnya.“Aedy ini bukan kawan lagi tetapi sudah seperti abang saya. Dia seorang sahabat yang sentiasa melindungi orang di sekelilingnya.Ikmal (kanan) sudah menganggap Aedy seperti abang kandung.“Dia juga jenis yang berani. Apa sahaja masalah yang berlaku di depan mata, dia akan cuba selesaikan. Kalau kawan-kawan ada masalah, memang akan cari dia,” katanya.Sebelum ini, Ikmal mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran ke-33 buat Aedy dengan berkongsi foto aktor berkenaan ketika berada di hospital dengan kecederaan pada tangannya.Menurut Ikmal, Aedy sanggup mempertahankan dirinya sehingga mengalami patah tulang tangan yang sehingga kini meninggalkan kesan parut.Kongsinya, hampir 10 tahun dia menyimpan foto berkenaan sebelum mengambil keputusan berkongsinya kepada umum sempena ulang tahun kelahiran Aedy.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube