PELAKON Nadhir Nasar mengakui teruja melihat perkembangan drama Kudrat 1968: High Council yang menampilkan barisan muka baharu dalam dunia High Council.Menurut Nadhir, dia bangga melihat kemampuan pelakon-pelakon muda yang memberikan impak kepada penonton menerusi siri berkenaan. "Saya sangat gembira dan selalu bersembang dengan rakan lakon batch saya dalam High Council melihat perkembangan drama ini. Nadhir mahu melakonkan watak berbeza dalam siri High Council."Saya teruja melihat persembahan pelakon-pelakon ini yang memberi impak kepada penonton," katanya kepada mStar.Sebelum ini, Nadhir pernah muncul sebagai watak Naim dalam drama Projek: High Council.Ditanya jika ditawarkan untuk kembali berlakon dalam siri High Council, Nadhir berkata dia terbuka untuk mencuba watak berbeza pula seperti karakter Cikgu Hiragi yang pernah dibawakan sebelum ini.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Baru lima tahun berlakon, Nadhir Nasar terbuka dikritik... “Dalam 10 orang mungkin dua tak suka tapi lapan lagi menyokong"ARTIKEL BERKAITAN: “Ini bukan permainan solo” - Mierul Aiman tak anggap Zarif Ghazzi pesaing"Mungkin saya akan membawakan watak cikgu. Mungkin cikgu praktikal. Bagi saya universe ini perlu dipenuhi dengan watak-watak baru yang sangat fresh. "Sebelum ini saya ambil watak sebagai Cikgu Hiragi adalah kerana ingin menjadi cikgu atau pun pensyarah," ujarnya. Kudrat 1968: High Council merupakan prekuel kepada dunia High Council yang mengisahkan permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar.Dari kiri: Chech, Dai Fuad, Mierul, Zarif, Evertts dan Akmal membintangi Kudrat 1968: High Council.Drama arahan Zulaikha Zakaria bersama Khairi Asyraf itu dibintangi Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Dai Fuad, Evertts Gomes, Chech Harith dan Akmal Asyraf.Kejayaan drama tersebut dianggap sebagai antara pencapaian besar dalam industri seni penyiaran Malaysia moden, selain mencetuskan fenomena luar biasa.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube