PELAKON Rita Rudaini mengambil inisiatif sendiri merancang menu makanan khas buat anak sulungnya yang kini sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).Menurut Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, dia mengambil inisiatif merancang sendiri menu makanan bersesuaian selain mendapatkan kerjasama pihak kafe untuk menyediakan hidangan tersebut. “Sepanjang anak saya tengah menjalani peperiksaan percubaan SPM, saya sendiri ambil inisiatif untuk jaga pemakanan dia. “Keluar duit sendiri, pelan menu sendiri dan saya minta kerjasama kafe untuk bantu sendiakan menu yang saya pilih. Perkongsian RIta di Threads miliknya menarik perhatian ramai.“Sejujurnya saya sangat seronok melakukan ini semua,” katanya menerusi hantaran di Threads pada Rabu.Dalam pada itu, Rita memberitahu persediaan menghadapi peperiksaan bukan hanya tertumpu kepada pembelajaran, sebaliknya aspek pemakanan juga perlu diberi perhatian.“Bagi saya, waktu peperiksaan bukan hanya tentang belajar. “Pemakanan yang sihat dan cukup nutrisi pun sangat penting untuk tenaga, fokus dan minda. ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini besarkan anak seorang diri, jangan kaitkan kejayaan dengan mana-mana individuARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini tegur tindakan tahan sijil, wang ganjaran pelajar cemerlang SPM kerana tunggakan PIBG“Terutamanya bila anak tengah berusaha gigih dengan peperiksaan. Ini salah satu cara sokongan anak saya dari rumah,” ujarnya.Bagaimanapun, Rita menjelaskan segala perbelanjaan untuk menyediakan menu khas buat anaknya ditanggung menggunakan wang sendiri dan tidak melibatkan mana-mana persatuan.“Semua ini atas dan duit saya sendiri ya. Bukan duit persatuan. “Duit saya, rezeki saya, suka hati saya nak pesan apa untuk anak saya. Tak perlu dengki dengan rezeki orang lain. “Kalau teringin, pesan dan bayar sajalah. Perkara mudah jangan kita buat jadi susah. Saya hanya seorang ibu yang mahu berikan terbaik buat anak,” katanya. Rita (kiri) bersama dua anak lelakinya, Airit dan Arjuna (kanan).Untuk rekod, Airit yang kini pelajar Tingkatan Lima di MRSM Sungai Besar, Selangor ialah anak sulung hasil perkahwinan Rita dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak.Selain Airit, pasangan itu juga memiliki seorang lagi anak lelaki Arjuna, yang kini berusia 15 tahun.Rita dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 2008 dan sah bercerai pada 2013.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube