suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ayu Damit masuk hospital lagi, alami serangan Gerd

Ayu kini sedang menerima rawatan di hospital.

PENYANYI Ayu Damit terpaksa menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada pagi Rabu akibat serangan Gerd (Gastroesophageal Reflux Disease) atau penyakit refluks gastroesofagus.

Lebih membimbangkan, kata Ayu atau Norayu Damit, hasil pemeriksaan menerusi imbasan X-ray turut mendapati dia mengalami gejala batu dalam hempedu.

"Bila X-ray nampak ada batu di bahagian hempedu. Esok (Khamis) akan lakukan pemeriksaan untuk mengetahui lebih lanjut," katanya ketika dihubungi menerusi WhatsApp.

Ayu tidak mahu masalah kesihatan mengganggu urusan kerja. 

Ayu memberitahu dia tidak dapat bercakap menerusi panggilan telefon kerana mengalami sakit dada.

Mengharapkan tiada sebarang masalah serius, penyanyi ini juga mahu segera pulih agar tidak mengganggu urusan kerja.

ARTIKEL BERKAITAN: Muntah, sakit dada... Ayu Damit dikejarkan ke hospital 

ARTIKEL BERKAITAN: Dicemuh tak cantik, Ayu Damit akui mental terjejas akibat kecaman, bangkit dengan healing

"Tak mahu duduk hospital lama-lama. Banyak kerja," ujarnya ringkas.

Sebelum itu, suami Ayu iaitu Syed Fauzi Syed Baharuddin berkongsi keadaan isterinya yang sedang menerima rawatan di hospital berkenaan dan meminta doa orang ramai agar Ayu segera pulih.

Pada Mei lalu, Ayu juga dimasukkan ke pusat perubatan sama selepas mengadu sakit dada.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain