suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Memang disengajakan“ - Elica Paujin ulas isu lambat masuk ke pentas AJL40

Elica perjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

PENYANYI Elica Paujin tampil merungkai tanda tanya penonton berhubung tindakannya yang didakwa lambat masuk ke pentas ketika menjayakan persembahan lagu Lumangad Oku Dika nyanyian Ryenald Guntabid di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).

Elica, 27, berkata, gimik kemunculannya di pertengahan lagu tersebut bukannya disebabkan masalah teknikal atau peribadi, sebaliknya ia merupakan sebahagian daripada perancangan yang disusun rapi oleh pasukannya.

“Masih ada yang tertanya-tanya kenapa saya lambat keluar masa AJL hari itu. Memang saya sengaja lambat keluar sebab itu sebahagian daripada rancangan pasukan untuk menghubungkan persembahan ini dengan jalan cerita dalam video muzik (MV).

Elica merupakan salah seorang menyanyi latar untuk Ryenald. 

“Kemunculan saya yang lambat itu memang disengajakan ya. Bukan terlambat, bukan lupa, bukan kasut terbuka dan bukan juga sebab saya pergi tandas. 

"Tetapi memang tunggu masa yang tepat untuk masuk dalam cerita," katanya menerusi satu hantaran di Threads pada Rabu. 

Mengulas mengenai konsep persembahan berkenaan, Elica menjelaskan susunan wataknya dibuat selari dengan jalan cerita lagu berkenaan. 

“Kalau kamu tengok dalam muzik video, saya sudah pun bersama dengan orang lain. Jadi untuk persembahan ini, saya datang bukan sebagai pasangan, tetapi lebih kepada seorang rakan yang ingin memberi sokongan dari belakang.

“Sebab itu masa bahagian lirik ‘menatap bayang wajahmu’, dia pusing ke belakang untuk cari saya tetapi saya hanya muncul di bahagian ‘biar cinta kita kan tetap selamanya’ iaitu tepat sebelum masuk bahagian klimaks lagu,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dibandingkan dengan kejayaan rakan artis lain, kali ini Elica Paujin pula bersuara

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin 89% pasti“ - Ryenald Guntabid rancang pindah KL, enggan jadi ‘one-hit wonder‘

Menurut Elica, simbolik kehadirannya itu menjadi pendorong kekuatan buat Ryenald untuk menyampaikan persembahan berkenaan dengan penuh emosi sehingga habis. 

“Maksudnya, walaupun dalam cerita itu saya sudah bersama dengan orang lain, kehadiran saya di situ tetap menjadi satu bentuk sokongan untuk dia. 

"Bila dia tahu saya ada di sana, dia terus ada semangat untuk meneruskan persembahan sampai ke klimaks. Lebih kurang begitulah penceritaannya,” tambahnya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

 

Artikel Lain