suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nadhir Nasar puas ibu tonton lakonan TV, takkan tinggalkan drama walaupun aktif di filem

Nadhir tidak akan tinggalkan lakonan drama.

PELAKON Nadhir Nasar memberitahu dia tidak akan pernah meninggalkan dunia drama meskipun kini aktif membintangi banyak filem. 

Nadhir atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Ahmad Nasar, 29, berkata drama televisyen merupakan platform  asas dan kukuh untuk setiap pelakon mengasah mutu lakonan sebelum melangkah ke layar perak.

Malah, Nadhir mengakui wujud rasa kepuasan tersendiri apabila melihat ahli keluarga serta golongan peminat suka dengan lakonan yang diberikan di dalam drama berepisod.

Nadhir berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Saya tidak akan tinggal drama. Saya suka main drama. Bagi saya, drama ini adalah salah satu tempat untuk mengasahkan lagi bakat lakonan sebelum dibawa ke filem atau skrin yang lebih besar.

“Saya seronok buat drama dan rasa puas apabila dapat melihat ibu menonton lakonan saya di kaca TV. Lagipun ramai makcik-makcik di luar sana yang masih menonton drama saya,” katanya kepada mStar.

Nadhir berkongsi perkara itu ketika ditemui pada malam gala Filem Chelot di GSC IOI City Mall, Putrajaya pada Selasa. 

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nadhir Nasar nafi merajuk, tak pernah kejar trofi... “Usia 42 pun saya masih boleh menang anugerah”

ARTIKEL BERKAITAN: Minat baca novel sejak kecil, Nadhir Nasar bakal arahkan filem genre seram... Impi karya sendiri dapat tayangan pawagam

Mengulas mengenai terdapat pelakon baharu yang hanya memilih untuk menjayakan projek filem serta platform penstriman over-the-top (OTT), Nadhir berpendapat perkara berkenaan bergantung kepada rezeki dan prinsip individu.

Namun menurutnya, keutamaan tidak terletak pada jenis platform, sebaliknya bergantung kepada kesesuaian watak serta kualiti jalan cerita yang ditawarkan.

“Bagi saya, itu pilihan dan rezeki masing-masing. Untuk diri saya, pilihan saya masih terbuka di mana-mana sahaja. Saya akan terima drama, filem atau OTT sekiranya naskhah itu bagus dan sesuai dengan saya.

Lebih melihat kepada kualiti karya tersebut. 

“Kalau kita sekadar nak buat filem tetapi karakter itu tidak kena dengan diri kita, untuk apa kan? Ramai lagi pelakon di luar sana yang boleh bawakan watak tersebut dengan lebih baik. Setiap orang ada perjalanan masing-masing,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Nadhir bakal tampil menerusi filem aksi terbaharu arahan Adrian Teh berjudul Chelot yang mula ditayangkan pada 27 Ogos ini.  

Selain Nadhir, filem itu turut dibintangi oleh Beto Kusyairy, Shaheizy Sam, Shukri Yahaya, Alicia Amin dan Datuk Azhan Rani.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

 

 

 

Artikel Lain