suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dibandingkan dengan kejayaan rakan artis lain, kali ini Elica Paujin pula bersuara

Elica tidak mahu kerjaya seninya dibandingkan dengan rakan artis lain.

SELEPAS namanya dipetik dan dibandingkan dengan rakan artis lain, penyanyi Elica Paujin berpendapat perkara itu tidak sepatutnya dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

Menurut Elica, 26, setiap individu melalui fasa yang berbeza dan tidak seharusnya wujud perbandingan dalam menentukan kejayaan seseorang.

"Berbeza orang, berbeza jalan, berbeza garis masa.

Elica membalas komen di Threads. 

"Hidup ini terlalu singkat untuk membuat perbandingan. Kita raikan pencapaian dan hargai setiap rezeki yang dikurniakan," ujarnya ringkas.

Elica menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Threads selain menitipkan kata-kata nasihat agar orang ramai lebih berfikiran positif dan bersyukur.

Dia turut menegur seorang pengguna Threads yang sebelum ini pernah meninggalkan komen dalam hantaran yang dibuat oleh penyanyi Aisha Retno.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bersihkan hati, pergi solat” - Aisha Retno tegur pengguna Threads, minta henti bandingkan dengan rakan artis lain 

ARTIKEL BERKAITAN: Belum hilang seronok pinjam mikrofon Hael Husaini, kali ini rezeki Elica Paujin dapat lagu pula

Membalas komen tersebut, Elica menepis tanggapan bahawa kerjayanya kurang berkembang kerana dilihat lebih memilih untuk terus menetap di Sabah.

"Awak memang ada di mana-mana. Jika anda mengikuti perjalanan saya, anda pasti akan faham. Saya tidak fikir ini soal memilih satu kawasan berbanding kawasan lain.

"Saya cuma memanfaatkan setiap peluang yang datang, dan jika diberi peluang untuk berada di seluruh Malaysia, saya pasti akan melakukannya," ujarnya.

Untuk rekod, Elica merupakan juara program Big Stage 2022 yang turut disertai oleh Aisha, yang menduduki tempat ketiga.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain