suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Mungkin 89% pasti“ - Ryenald Guntabid rancang pindah KL, enggan jadi ‘one-hit wonder‘

Ryenald harap kejayaan di pentas AJL40 dapat menjadi inspirasi buat golongan muda.

KEMENANGAN tempat ketiga di pentas Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) menjadi pembakar semangat buat penyanyi Ryenald Guntabid untuk terus mengatur langkah dalam kerjaya seni.

Malah, menurut Ryenald, 30, dia yang kini menetap di Kota Kinabalu, Sabah, tidak menolak kemungkinan berpindah ke Kuala Lumpur bagi mengembangkan bakatnya yang semakin mendapat perhatian.

"Tidak lagi membayangkan saya akan tinggal di KL sepenuh masa, tetapi selepas ini mungkin 89 peratus pasti. Cuma ada beberapa hal yang akan menentukan saya berpindah atau tidak.

Kemenangan di AJL40 memberi semangat baharu buat Ryenald. 

"Kemenangan ini akan menjadi batu loncatan buat kerjaya saya. Tidak jangka akan menang. Rasa gembira dan bangga.

"Saya sedang fikirkan untuk berpindah ke KL," katanya.

Menerusi lagu berjudul Lumangad Oku Dika yang merupakan ciptaan sepenuhnya, Ryenald berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000 selain trofi AJL40.

ARTIKEL BERKAITAN: K.O.I bukan ‘underdog’, Marsha Milan layak menang Vokal Terbaik 

ARTIKEL BERKAITAN: K.O.I tak fikir nak menang AJL40, gigih potong 200,000 cebisan kertas bertulis mesej untuk penonton

Bercakap lanjut, kata Ryenald, dia juga mahu menjadikan kejayaan ini sebagai inspirasi buat golongan muda di Sabah yang mahu melebarkan sayap dalam bidang muzik.

"Di Sabah memerlukan seseorang untuk dijadikan contoh di sana. Jadi saya rasa masih perlu berada di sana supaya orang muda yang baru nak bermula akan terdorong untuk berkarya.

"Saya mahu menjadi inspirasi kepada mereka," ujarnya.

Lagu Lumangad Oku Dika menaikkan nama Ryenald dalam industri seni. 

Ryenald dalam masa sama berharap karya-karya ciptaan dan nyanyiannya pada masa akan datang terus mendapat sambutan baik peminat.

"Kalau boleh saya mahu jauhkan diri daripada gelaran one-hit wonder. Jadi sekarang sedang bekerja keras menulis dan berkarya lebih banyak lagi.

"Pihak pengurusan juga telah melakukan kerja mereka bagi membantu saya," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain