suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lihat kemelut rumah tangga dilalui Adira buatkan Emma Suhaimi takut tersalah langkah

Emma (kanan) bangga melihat ketabahan Adira berdepan ujian rumah tangga.

MELIHAT sendiri kemelut rumah tangga yang dilalui adiknya, Adira Suhaimi sedikit sebanyak memberi kesan kepada penyanyi Emma Suhaimi sehingga membuatkan dia takut tersalah langkah dalam soal perkahwinan.

Emma, 37, berkata sebagai kakak, dia tidak mempunyai cara khusus untuk membantu Adira selain sentiasa berada di sisi adiknya ketika melalui fasa sukar tersebut.

Kata Emma, dia akan menemani Adira di rumah atau mengikut ke mana sahaja adiknya mahu pergi sebagai usaha memastikan penyanyi itu tidak berdepan segala dugaan seorang diri.

"Sebagai adik-beradik tu tak perlu cakap banyak pun, temankan saja dia di rumah.

Emma sentiasa mendoakan terbaik buat Adira.

"Dia nak pergi mana saya ikut saja, itu cara saya buat dia rasa tenang.

"Bila saya lihat sendiri ahli keluarga terdekat berdepan masalah rumah tangga, sedikit sebanyak buat saya terkesan. Rasa takut salah langkah," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Emma mengakui bangga melihat Adira perlahan-lahan bangkit dan kembali menyusun kekuatan demi anak-anak yang menjadi sumber semangatnya.

Malah, kata Emma, setiap kali ditanya mengenai keadaan dirinya, Adira tidak pernah menunjukkan rasa terbeban sebaliknya sering meyakinkan keluarga bahawa dia baik-baik sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Emma Suhaimi susut 16kg demi ’comeback’ menyanyi, kerap putus cinta punca kuruskan badan

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun berlarutan, Adira harap kes pengesahan lafaz rujuk cepat selesai

"Alhamdulillah saya sangat bangga dengan dia sebab segala perkara negatif yang berlaku dalam hidupnya, dia tak pernah patah semangat.

"Dia makin kuat kerana tahu ada anak-anak untuk dibesarkan, nak bayar bil semua. Dia masih kukuh, tak ada perkara yang mematahkannya walau sikit.

"Setiap kali dia balik dari mahkamah saya tanya macam mana, dia selalu cakap okay saja, sikit lagi. Dia masih tersenyum jadi saya tahu dia mampu melalui semua ini," ujarnya.

Emma turut menyedari perubahan ketara dalam diri adiknya berbanding ketika mula berdepan masalah rumah tangga.

Sedikit sebanyak buat saya terkesan. Rasa takut salah langkah. 

EMMA SUHAIMI

PENYANYI

Katanya, Adira pada awalnya lebih banyak mengasingkan diri dan enggan melihat media sosial kerana tidak mahu berdepan dengan komen netizen.

"Saya boleh nampak perbezaan waktu mula-mula dia berdepan masalah (perceraian). Ketika itu dia langsung tak keluar rumah, tak nak tengok media sosial.

"Tapi dia terus bangkit kerana tahu kalau nak mengelak pun sampai bila. Kalau nak elak pun dia tetap kena hadap. Jadi baca sajalah komen-komen netizen itu.

"Bila baca komen dia jadi diam, saya sedih tengok dia macam tak gembira," katanya.

Untuk rekod, Adira dan Adnan mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebelum bercerai pada 24 April 2024.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 9, Asan, 8, Anggun, 7, dan Ayob, 4 tahun.

Emma sentiasa memberi sokongan buat adiknya. 

Pada Disember tahun lalu, Adnan memfailkan kes pengesahan rujuk di Mahkamah Syariah Gombak Barat.

Adnan mendakwa berlaku lafaz rujuk pada Mei 2024 dalam tempoh idah selepas perceraian, namun Adira dilaporkan tidak mengesahkan perkara tersebut.

Adira bagaimanapun dilaporkan tidak mengetahui mengenai pengesahan lafaz rujuk berkenaan.

Hakim Syarie, Afif Sofiuddin Syeikh Abd Ghani menetapkan 19 Oktober sebagai tarikh kedua-dua pihak memfailkan penghujahan sebelum keputusan dibuat.

 

Artikel Lain