PELAKON Zarif Ghazzi berpegang teguh pada pendirian untuk tidak sesekali menggadaikan batas agama semata-mata mahu kelihatan bergaya mengikut aliran fesyen masa kini.Zarif atau Zarif Farahi Effie Ghazzi, 22, berkata, dia enggan untuk mengenakan aksesori dan perhiasan seperti rantai leher kerana menyifatkan ia sebagai satu dosa yang sepatutnya boleh dielak. “Kenapa kita nak gadaikan dosa kita hanya untuk nampak stail atau berfesyen? Kenapa kita nak korbankan perkara itu sedangkan saya percaya pemakaian rantai ini satu dosa yang berterusan kalau dipakai sambil tidur, sambil makan.Zarif bersederhana dalam berfesyen.“Bagi diri saya sendiri, kalau pakai rantai semata-mata kerana 'stail', saya rasa memang tak berbaloi dan membazir sahaja.“Saya tahu hukumnya, tetapi saya tidak mahu pukul rata kata orang lain haram atau berdosa kerana ia bergantung kepada sebab masing-masing,” katanya kepada mStar. Bercakap mengenai gaya pemakaiannya yang ringkas dan menutup aurat, Zarif mendedahkan ia merupakan hasil didikan ibu bapanya sejak kecil.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Zarif Ghazzi cedera ditumbuk ketika penggambaranARTIKEL BERKAITAN: “Cabaran untuk dapat kembali 'roh' budak sekolah“ - Zarif Ghazzi susut 20kg, gelapkan kulit demi Abbas“Ibu saya memang pernah pesan, pakailah apa sahaja yang dimahukan asalkan jaga aurat iaitu tutup antara pusat hingga ke lutut.“Saya bawa pesanan itu sampai hari ini kerana saya percaya melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Saya sudah terbiasa memakai seluar yang menutup aurat, jadi tidak perlu paksa diri,” jelasnya.Ditanya sama ada berasa terbeban apabila warganet menjadikannya sebagai contoh fesyen untuk pelakon lain, Zarif mengambil pendekatan enggan menghakimi sesiapa.Zarif selesa bergaya ringkas dan menutup aurat.“Saya tiada masalah dengan pelakon-pelakon lain. Pada akhirnya, itu adalah urusan antara dia dengan Allah.“Saya tidak rasa terbeban pun sebab saya bukan jenis yang pergi dekat orang dan larang mereka pakai sesuatu.“Nak pakai, pakailah. Itu antara dia dengan Tuhan. Bagi saya, yang penting saya jalankan tanggungjawab saya untuk jaga aurat dan elak pakai rantai atau gelang,” ujarnya.