PENYANYI Ernie Zakri mengumumkan album Sahabat yang paling dinanti-nantikan peminat terpaksa ditangguhkan dan tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat.Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, berkata keputusan menunda pelancaran projek mega itu dibuat atas faktor masa. Selain itu, Ernie juga memberi ruang kepada percaturan fasa baharu kariernya bersama pasukan pengurusan terkini di bawah label Universal Music.Album Sahabat sangat penting bagi Ernie.“Itulah saya kata, tangisan di sesi live tempoh hari juga adalah tangisan mengenai perkara ini. Saya rancang album Sahabat ini dengan berulang-alik ke Indonesia untuk menyelesaikannya.“Saya berduet dengan rakan-rakan di Indonesia dan juga legenda-legenda di Malaysia. Saya sangat percaya dengan album ini dan saya curahkan sepenuh jiwa raga untuknya.“Tetapi boleh saya katakan sekarang, ia tidak boleh dilancarkan lagi kerana tidak menepati waktu yang sesuai. “Namun tidaklah bermaksud album itu terbatal terus kerana pihak Universal ada berbincang untuk fokus kepada penjenamaan fasa baharu saya dahulu,” katanya kepada mStar.ARTIKEL BERKAITAN: “Saya penat untuk terus berkarya” - Ernie Zakri luah rasa kecewa, kerja keras dipandang rendahARTIKEL BERKAITAN: “Saya masih yang sama“ - Ernie Zakri hanya ‘jual‘ aura berbeza, muzik lebih matang di era baharuMengulas lanjut, Ernie menjelaskan rangka kerja album Sahabat pada asalnya dirancang bersama pasukan pengurusan terdahulu.Ernie berkata dia enggan terburu-buru dan memilih untuk menunggu masa yang tepat untuk dilancarkan. Ernie dan pengurusan baharu tunggu masa terbaik untuk lancarkan album itu.“Perancangan Sahabat itu dibuat bersama pasukan lama, dan kini Alhamdulillah saya bersama pasukan baharu. “Jadi kami cuba melangkah ke hadapan dahulu dan akan menilai semula bilakah waktu paling sesuai untuk dilancarkan.“Penat saya bekerja mencari lagu dan kesemua lagu memang berkualiti tinggi, takkanlah saya nak sia-siakan usaha itu. Insya-Allah pasti ada (pelancaran).“Tetapi bukan tahun ini dan bukan juga tahun hadapan kerana untuk tahun depan sudah ada beberapa perancangan lain yang sedang diatur,” jelasnya.