KOMPOSER dan penerbit muzik, Ajai tidak berkecil hati atau terasa dengan kritikan segelintir pihak yang mendakwa penerbitan semula lagu Cinta Di Akhir Garisan 2.0 tidak memberi impak sehebat karya asal.Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 51, berkata perbandingan adalah perkara biasa memandangkan orang ramai belum berpeluang menyaksikan keupayaan sebenar barisan penyanyi terbabit mendendangkan karya berkenaan secara langsung. Menurut Ajai, penerimaan pendengar terhadap susunan vokal versi baharu itu pasti akan berubah sebaik sahaja mereka melihat sendiri pembahagian bahagian nyanyian di atas pentas.Ajai mahu angkat kekuatan vokal penyanyi generasi masa kini dalam Cinta Di Akhir Garisan 2.0“Saya langsung tidak terasa hati sebab mereka belum nampak lagi penyanyi-penyanyi ini menyanyi secara siaran langsung. “Apabila mereka nampak visual dan persembahan secara langsung nanti, baru mereka akan faham bagaimana pembahagian bahagian masing-masing berfungsi.“Dari aspek muzik pun kita sudah jelaskan kenapa ia perlu berbeza dengan yang lama, ini kerana cara nyanyian serta kemahiran vokal generasi hari ini sudah lain,” katanya kepada mStar di sidang media lagu itu pada Khamis. Mengulas mengenai perbezaan antara kedua-dua versi, Ajai menjelaskan dia mahu mengangkat kekuatan vokal penyanyi generasi masa kini yang lahir dengan lenggok tersendiri.ARTIKEL BERKAITAN: Rakaman baharu ‘Cinta Di Akhir Garisan‘ dihentam netizen, Adira tak kecil hati...“Tak harap versi ini setanding yang dahulu“ARTIKEL BERKAITAN: ‘Cinta Di Akhir Garisan 2.0‘ bukan mahu bersaing, hanya hidupkan semula fenomena lagu asal“Cara nyanyian sekarang sudah berbeza. Kalau dahulu mungkin hanya seorang sahaja yang ada lenggok (runs), selebihnya dengan tanda pengenalan (trademark) masing-masing.“Generasi sekarang pula membesar dengan pelbagai bunyi dan mereka hadir bersama kebolehan runs vokal semula jadi. Kalau kita paksa mereka menyanyi cara lama atau kita yang lama menyanyi fesyen baharu, sudah tentu akan rasa janggal.“Saya tidak mahu salin apa yang ada pada versi 1.0 dan bawa ke versi kedua. Pada saya, yang pertama itu sudah terbaik untuk zamannya dan kali ini saya mahu hasilkan yang terbaik untuk versi 2.0,” jelasnya.Ajai berkata objektif utamanya adalah untuk menyegarkan kembali lagu malar segar itu agar terus relevan selain membuka ruang pengenalan dua hala antara penyanyi lama dan baharu.“Niat saya bukan untuk membanding-bandingkan, cuma mahu bagi lagu ini lebih segar supaya ia boleh pergi lebih jauh.“Pada saya itu hak hiburan. Ada orang terhibur kerana suka mendengar, dan ada pula yang terhibur dengan mencari perkara yang mereka tidak suka. “Berpusing-pusing pun ia tetap kembali kepada konsep hiburan. Apabila orang sudah tidak suka, kita beri jawapan apa pun dia tetap tidak akan suka juga,” katanya.Untuk info, rakaman Cinta Di Akhir Garisan 2.0 (CDAG 2.0) dinyanyikan semula oleh Marsha Milan, Adira Suhaimi, Nadeera dan Aisha Retno.