suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seungri disiasat polis lagi, nafi dakwaan serang lelaki dan hayun botol arak

Seorang lelaki dakwa diugut dan diserang oleh Seungri.

BEKAS anggota kumpulan BigBang iaitu Seungri berdepan satu lagi siasatan polis selepas didakwa menyerang seorang lelaki berusia 30-an.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah restoran, Seungri dilihat berinteraksi dengan lelaki terbabit sebelum mengambil sebotol minuman keras seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Dia bagaimanapun dilihat ditahan oleh individu yang bersamanya sebelum menendang ke arah lelaki berkenaan.

Lelaki tersebut turut mendakwa Seungri mengugutnya ketika kejadian berlaku.

Seungri berdepan siasatan polis sekali lagi.

“Awak ingat saya ini seorang yang mengalah? Saya ada samseng yang menyokong saya dan mempunyai kenalan di mana-mana.

“Membunuh seseorang seperti awak bukanlah sesuatu yang sukar,” dakwa lelaki berkenaan.

Kes tersebut kini sedang disiasat oleh pihak polis bagi menentukan kejadian sebenarnya berlaku dalam insiden terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwaan serang lelaki mabuk, Seungri akui pegang botol minuman keras...“tapi saya tidak hayun atau ugutnya“

ARTIKEL BERKAITAN: Muka semakin tembam, tidak jaga penampilan... Teruk Seungri kena kutuk

Sebelum ini, Seungri menafikan dakwaan melakukan serangan terhadap lelaki berusia 30-an yang membuat laporan polis terhadapnya.

Dia bagaimanapun mengakui memegang sebotol minuman keras ketika berlaku pertikaian dengan lelaki terbabit.

Namun, Seungri menegaskan dia tidak menghayunkan botol tersebut atau mengugut lelaki berkenaan.

Artikel Lain