PENYANYI Adira mengambil pendekatan bersikap terbuka menerima kritikan segelintir pihak terhadap lagu terbaharu nyanyiannya berjudul Cinta Di Akhir Garisan 2.0. Sedar perkara tersebut menjadi bualan di media sosial, kata Adira atau Siti Adira Suhaimi, 35, dia bersama tiga lagi rakan penyanyi tidak tersinggung dengan komen-komen yang dilemparkan. “Saya ambil tahu komen-komen di media sosial. Kenalah ambil tahu apa yang orang katakan. Dari kiri: Aisha Retno, Adira, Nadeera serta Marsha Milan menyanyikan semula lagu Cinta Di Akhir Garisan.“Tetapi kami tidak ambil hati pun, kami okay sahaja,” katanya. Lagu Cinta Di Akhir Garisan 2.0 merupakan nyanyian Adira bersama Marsha Milan, Aisha Retno dan Nadeera. Selepas dilancarkan pada 29 Ogos, ramai yang mula membuat perbandingan dengan versi terdahulu yang dinyanyilan oleh Datuk Ziana Zain, Datuk Nora, Ning Baizura dan Dessy Fitri. ARTIKEL BERKAITAN: Setahun berlarutan, Adira harap kes pengesahan lafaz rujuk cepat selesaiARTIKEL BERKAITAN: Adira selesai beri keterangan pengesahan lafaz rujuk, 19 Oktober pemfailan hujahTambah Adira lagi, setiap pendengar mempunyai citarasa sendiri dan wajar jika ada yang kurang menyukai dengan versi baharu nyanyian mereka. “Mestilah ada yang suka dan ada yang tidak. Tetapi kami fokus perkara yang baik-baik sahaja. “Penyanyi sebelum ini sudah ada standard sendiri dan itu adalah identiti mereka. Adira terbuka dengan segala kritikan.“Kami tak harap versi baharu ini setanding yang dahulu. Dapat tempat di hati peminat pun dah cukup,” luahnya. Lagu Cinta Di Akhir Garisan 2.0 diterbitkan oleh komposer Ajai yang juga terlibat secara langsung dalam versi terdahulu. Lebih istimewa, versi terbaharu ini turut mendapat iringan muzik kerjasama daripada Budapest Symphony Orchestra dengan gabungan 53 pemuzik.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube