SEKITAR dua tahun lalu, pelakon Wilma Muhammad pernah mencuri tumpuan ramai dengan membuat kemunculan semula selepas sekian lama menyepi.Biarpun begitu kata Wilma, 53, tawaran berlakon tidak banyak seperti yang diharapkan dan disebabkan itu ramai yang menyangka dia sudah tidak aktif. "Kata-kata untuk buat kemunculan semula sebelum ini bukanlah sekadar hangat-hangat tahi ayam. Saya memang betul nak aktif berlakon.Selain berlakon Wilma juga aktif dalam dunia korporat. "Tidaklah saya tolak tawaran, cuma mungkin belum ada tawaran. Jika ada saya terima sahaja."Selepas kemunculan dalam filem pada 2024, ada berlakon beberapa drama tetapi tidaklah banyak," katanya kepada mStar.Tambah Wilma dia kini perlu bijak memilih tawaran berlakon memandangkan dia mula aktif sebagai salah seorang ahli jawatan kuasa Koperasi Anak Seni Malaysia Berhad.ARTIKEL BERKAITAN: Kembali aktif berlakon, Wilma Muhammad mula belajar guna media sosial... Sedar hidup artis kini kurang privasi ARTIKEL BERKAITAN: Ada Sebab Wilma Muhammad Rahsiakan Perkahwinan BaruPenglibatan tersebut menjadi bukti dia tidak pernah meninggalkan industri seni."Saya juga aktif bersama koperasi dan kami dalam perancangan untuk terbitkan sebuah filem."Dalam menerima tawaran pun saya perlu memilih watak sesuai," ujarnya.Wilma masih aktif berlakon. Berkongsi lanjut Wilma juga sedar kepentingan media sosial sebagai medium untuk mendekatkan diri dengan peminat serta produksi.Mengakui jarang berinteraksi di platform berkenaan, pelakon ini tidak menolak keadaan itu menjadi salah satu faktor namanya jarang menjadi sebutan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube