PELAKON Mierul Aiman percaya pihak pengurusan memainkan peranan penting dalam memastikan urusan bayaran dan perniagaan seseorang anak seni dapat dikendalikan dengan baik.Mierul atau Muhammad Amirul Aiman Norazman, 27, berkata dia bersyukur mempunyai pihak pengurusan yang bertanggungjawab menguruskan kerjaya seninya termasuk urusan bayaran. Kata Mierul, pihak pengurusan turut bertindak sebagai orang tengah dalam merangka strategi pemasaran bagi membantu perkembangan kerjayanya.“Saya percaya pihak pengurusan merupakan struktur penting dalam bisnes hiburan ini. Mierul lebih selesa memberi keutamaan terhadap fokus dalam lakonan.“Saya ada pengurusan yang menguruskan bahagian-bahagian perniagaan (bayaran), sekali gus membantu menjadi orang tengah dalam teknik pemasaran. “Jadi saya hanya perlu fokus untuk bekerja (berlakon) dan terus berkarya,” katanya kepada mStar. Mierul berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan perdana episod pertama drama Kudrat 1968 yang diadakan di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada malam Khamis. Dalam pada itu, Mierul memberitahu dia lebih selesa memberikan sepenuh perhatian kepada tanggungjawabnya sebagai pelakon berbanding memikirkan soal kadar bayaran.ARTIKEL BERKAITAN: Bahu terkehel semasa jayakan babak aksi, Mierul Aiman anggap bukan isu besarARTIKEL BERKAITAN: Menang anugerah, filem ‘box office’... Nam Ron kongsi penentu pelakon layak terima bayaran tinggi“Saya rasa lebih baik pihak pengurusan yang berbincang soal bayaran kerana saya hanya menjalankan tanggungjawab sebagai anak seni. “Saya lebih memberi keutamaan dalam bahagian lakonan atau kempen penjenamaan, selebihnya saya serahkan kepada pihak pengurusanDitanya sama ada dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak pengurusan dalam menentukan jumlah bayaran, Mierul menjelaskan segala keputusan dibuat menerusi perbincangan bersama yang mengambil kira kepentingan kedua-dua pihak.Mierul memberi kepercayaan kepada pihak pengurusan dalam menentukan bayaran.“Saya serahkan segala perbincangan dan satu kata putus menentukan segalanya (jumlah bayaran). “Macam mana sekali pun saya percaya semua perbincangan itu akan dipersetujui kedua belah pihak tanpa tanpa melibatkan isu peribadi,” katanya.Sebelum ini, pelakon Nam Ron berkongsi cerita tentang pelakon baharu didakwa meminta bayaran RM100,000 untuk penglibatan dalam sebuah filem. Menurut Nam Ron, sukar pelakon menerima bayaran tinggi untuk pertama kali terlibat dalam filem walaupun sudah berpengalaman menerusi lakonan drama.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube