suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Janganlah sampai libatkan peribadi” - Kamal Adli rayu henti serang Uqasha dan anak mereka susulan kes ‘Madu Atau Racun‘

Kamal (kiri) berharap netizen tidak menyerang peribadi Uqasha.

PELAKON Kamal Adli merayu orang ramai agar tidak menyerang bekas isterinya, aktres Uqasha Senrose secara peribadi susulan kontroversi drama bersiri Madu Atau Racun.

Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 42, berkata berharap agar netizen tidak melibatkan anak mereka, Hawra Uqaira, 2, dalam isu berkenaan. 

"Salam rakyat (warga Threads), minta maaf sangat saya tahu saya tak layak cakap apa-apa. 

Kamal berharap netizen tidak mengaitkan isu peribadi dalam kontroversi drama.

"Tapi fasal isu drama Madu Atau Racun tu harap sangat anda tak serang Uqasha secara peribadi sampai melibatkan nama anak saya, Hawra dan perkara lain," katanya. 

Kamal berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya pada Khamis. 

Dalam pada itu, Kamal menegaskan dia tidak menyokong perkara yang menjadi pertikaian netizen, namun meminta orang ramai agar tidak mencampurkan isu berkenaan dengan hal peribadi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Takkan nak tolak sebab ada dia“ - Uqasha Senrose tiada masalah bergandingan, hormat rezeki Aliff Aziz

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas suami paling positif, Kamal Adli dapat pujian ramai

"Saya tak sokong tapi janganlah sampai libatkan peribadi semua. 

"Terima kasih rakyat, sayang rakyat comel," ujarnya. 

Pada Rabu, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, meluahkan rasa terkilan terhadap sikap segelintir netizen yang bertindak melampui batas sehingga menyerang isu peribadi anak perempuannya susulan kontroversi drama bersiri itu.

Drama Madu atau Racun sebelum ini mengundang pelbagai reaksi daripada penonton.

Menurut Uqasha, tindakan sesetengah pihak yang membuat serangan peribadi dengan mempertikaikan agama dan membabitkan anaknya adalah sesuatu yang tidak dapat diterima.

Sebelum ini, drama bersiri yang ditayangkan di platform penstriman iQIYI mencetuskan kekecohan di media sosial berikutan paparan babak yang didakwa menggambarkan perhubungan sesama jantina tular sehingga diboikot netizen. 

Sehubungan itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) meminta iQIYI menurunkan keseluruhan penayangan drama tersebut bagi membolehkan pihak produksi melakukan suntingan semula terhadap kesemua 12 episod.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain