suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu ‘Madu atau Racun‘: Uqasha Senrose kesal netizen melampau, serang hal peribadi dan anak

Uqasha harap netizen dapat melihat pengajaran daripada drama itu.

PELAKON Uqasha Senrose rasa kesal dan terkilan dengan sikap segelintir netizen yang bertindak melampaui batas sehingga menyerang hal peribadi serta anak perempuannya susulan kontroversi drama bersiri Madu Atau Racun.

Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 34, berkata kritikan yang dilontarkan di media sosial itu hanya berpandukan potongan klip video pendek di media sosial semata-mata.

Uqasha menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang membuat serangan peribadi dengan mempertikaikan agama dan membabitkan anaknya adalah sesuatu yang tidak dapat diterima.

Hantaran Uqasha di Insta Story miliknya. 

“Sampai mempersoalkan Islam ke? Masing-masing ada anak perempuan sampai sentuh anak... maaf, itu sudah terlalu melampau.

“Baru episod berapa, terus kena kecam sampai ke anak-anak. Ya Rabbi. Yang menilai semua ini rasanya bukan tengok cerita, tetapi tengok apa yang lalu di FYP sahaja. 

"Tengok cerita, tengok isi kandungan cerita. Agak melampau juga korang yang bercakap sedap mulut ini,” katanya menerusi beberapa hantaran di Instagram Story.

ARTIKEL BERKAITAN: Finas minta iQIYI turunkan drama ‘Madu Atau Racun’, sunting semula babak kontroversi

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Madu Atau Racun’ bukan cerita songsang, iQIYI akur arahan sunting semula babak kontroversi

Dalam pada itu, Uqasha memohon agar penonton menyaksikan keseluruhan episod siri berkenaan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang andaian.

Jelasnya, setiap naskhah yang dihasilkan mempunyai plot perjalanannya tersendiri yang sarat dengan mesej pengajaran serta nilai keinsafan.

“Apa yang korang tengok, bukannya keseluruhan cerita dan setiap episod. Hanya tengok klip-klip yang sudah disunting.

“Setiap jalan cerita pasti ada ujian, pengajaran, iktibar dan keinsafan. Cuba tengok sampai episod terakhir dan nilailah selepas itu. Jangan terus menilai macam tiada hari esok sampai ke hal peribadi pun korang sentuh,” luahnya.

Antara babak 'panas' yang mengundang kecaman netizen. 

Sebelum ini, Madu Atau Racun yang ditayangkan di platform penstriman iQIYI mencetuskan kekecohan di media sosial berikutan paparan babak yang didakwa menggambarkan perhubungan sesama jantina tular sehingga diboikot netizen. 

Ekoran itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) meminta iQIYI menurunkan keseluruhan penayangan drama bersiri tersebut bagi membolehkan pihak produksi melakukan suntingan semula terhadap kesemua 12 episod.

iQIYI juga akur untuk melakukan suntingan semula demi memelihara serta menghormati sensitiviti masyarakat tempatan.

Selain Uqasha, drama itu turut menampilkan Aliff Aziz dan Elisya Sandha sebagai teraju utama.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain