BUKAN sahaja menjadi pengkritik nombor satu kepada ibunya, Adrian Adam turut memainkan peranan sebagai ‘cikgu vokal’ sepanjang pelakon Amyza Aznan menyertai program Kilauan Emas Selebriti (KES).Amyza, 50, berkata dia tidak mempunyai petua khusus dalam penjagaan suara, sebaliknya banyak mendapat tunjuk ajar daripada Adrian yang sering membimbingnya ketika berlatih di rumah. Kata Amyza, teguran yang diberikan anaknya itu juga tidak jauh berbeza dengan apa yang disampaikan guru vokal, Cikgu Shafi ketika sesi latihan."Saya tak ada apa-apa petua jaga suara tetapi Adrian adalah cikgu vokal saya di rumah. "Apa yang Cikgu Shafi cakap, sama seperti apa yang dia selalu tegur nyanyian saya. "Jadi di rumah memang dia (Adrian) yang beri bimbangan tapi dia garanglah mengajar kita," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Amyza memberitahu setiap kali mahu membuat persembahan, dia terlebih dahulu akan menyanyi di hadapan Adrian bagi mendapatkan komen dan teguran.Malah, dia secara berseloroh menggelarkan anaknya itu sebagai ‘ketua netizen’ kerana tidak pernah terlepas daripada mengkritik persembahannya.ARTIKEL BERKAITAN: Lapan hari ditidurkan, Amyza Aznan kongsi perkembangan suami agak positif tapi dipantau rapiARTIKEL BERKAITAN: [V] Rezeki anak Amyza Aznan dapat rakam lagu baharu, Adrian Adam terima tawaran 30 minit selepas buat persembahan di TTMM2"Sebelum saya menyanyi depan guru vokal, saya akan menyanyi depan dia dulu. "Dia adalah pengkritik nombor satu saya. Dia ketua netizenlah rasanya. "Alhamdulillah tak perlulah buang duit upah guru peribadi, dia dah ada dekat rumah tu," ujarnya. Sementara itu, Amyza turut berkongsi caranya mengawal emosi sepanjang menyertai KES, terutama ketika berdepan dengan masalah peribadi. Apa yang Cikgu Shafi cakap, sama seperti apa yang dia selalu tegur nyanyian saya. AMYZA AZNANPELAKONMenurutnya, dia tidak mahu masalah peribadi yang dihadapi menjadi beban kepada orang lain sehingga menjejaskan tugasan sepanjang program tersebut."Macam saya pernah cakap sewaktu uji bakat, cikgu ada tanya kalau terlibat dalam program ini nanti macam mana. "Saya kata tak mengapa, bila kita kerja kena profesional. Kalau nak kata sedih, semua orang ada ujian. "Semua orang ada kesedihan. Jadi kita jangan pentingkan diri sendiri," katanya. Persembahan Amyza (tengah) di KES sering mendapat perhatian penonton.Untuk rekod, Amyza mendirikan rumah tangga dengan Khairil Izhar Mohd Nazir, 51, pada 2003.Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, 20, Adrian Adam, 18, dan Ayden Andika, 12 tahun. Anak sulung mereka, Andre meninggal dunia pada 23 Februari lalu selepas bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga. Suaminya pula sudah 11 hari terlantar di Unit Rawatan Jantung (CCU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas berada dalam keadaan kritikal sejak 23 Ogos lalu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube