SEBAGAI seorang penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir terpaksa akur lagu-lagu nyanyiannya sukar dimainkan di stesen lain yang bukan tempat dia berkhidmat.Bagi Dina atau Faradina Mohd Nadzir, 41, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang asing baginya dan dia percaya setiap stesen radio mempunyai strategi pemasaran masing-masing. "Kalau stesen lain mainkan lagu saya, itu bermakna mereka mempromosikan penyampai radio lain dan dalam masa sama turut mempromosikan radio lain. Ini adalah satu bentuk perniagaan.Dina faham situasi dan kehendak stesen radio. "Sejak awal bertugas sebagai penyampai radio, saya sedar perkara itu," katanya.Biarpun begitu, Dina tidak pernah berputus asa untuk tampil dengan lagu baharu yang dianggap sebagai pelengkap dalam kerjaya nyanyian.Menurutnya, penghasilan karya-karya baharu membuktikan seseorang penyanyi itu masih kekal aktif.ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dilayan seperti tiada nilai” - Kurus bukan kerana diet, berat badan Dina Nadzir turun sebab sedih ARTIKEL BERKAITAN: Berat badan turun 10 kilogram, Dina Nadzir berazam ambil lesen menyelam"Saya tetap akan keluarkan lagu baharu kerana itu adalah portfolio sebagai penyanyi. Kalau nak teruskan kerjaya, kena ada lagu baharu. Jika tidak, di mana relevannya sebagai penyanyi?"Saya reda jika radio lain tak boleh nak main lagu saya, namun itu tidak pernah mematahkan semangat saya terhadap dunia muzik," ujarnya.Terbaharu, Dina tampil dengan lagu duet bersama Adeep Nahar berjudul Salahku Mengalah.Dina dan Adeep tampil dengan lagu baharu bersama. Ditanya tentang pilihan dalam kerjaya, Dina mengakui sukar untuk menolak kedua-dua bidang yang sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya."Saya tak boleh beri jawapan kalau disuruh pilih antara kedua-dua bidang. Muzik adalah cinta pertama saya, namun saya tetap sayang tugas sebagai penyampai radio kerana itu adalah rezeki," luahnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube