suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fasha Sandha pujuk Elisya... Ambil pengajaran isu ‘Madu Atau Racun‘, abai komen negatif

Fasha (kiri) memberi sokongan buat Elisya susulan drama kontroversi Madu Atau Racun.

PELAKON Fasha Sandha menitipkan kata-kata semangat buat aktres Elisya Sandha susulan kontroversi yang membabitkan drama lakonan adiknya, Madu Atau Racun.

Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 42, mengingatkan Elisya supaya mengambil pengajaran daripada perkara yang berlaku dan tidak terlalu memikirkan komen negatif.

"Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Ambil apa yang boleh dipelajari, abaikan perkara negatif dan teruskan melangkah, Elisya. 

Fasha sering menjadi rujukan buat adiknya dalam bidang seni.

"Jangan biarkan komen-komen negatif membebani hati adik Angah. Berlembutlah dengan diri sendiri, biarkan segala bunyi bising itu berlalu dan ingatlah, detik ini juga akan berlalu.

"Saya sentiasa ada untuk adik. Sayang adik sangat-sangat," katanya. 

Fasha berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis. 

ARTIKEL BERKAITAN: Ada mesej dalam drama ‘Madu Atau Racun’, Elisya Sandha minta tonton sampai hujung episod

ARTIKEL BERKAITAN: “Tolong jangan libatkan ibu mentua saya”… Elisya Sandha tegas, tak mahu keluarga diheret isu boikot ‘Madu Atau Racun’

Menerusi ruangan komen, Elisya turut membalas mesej kakaknya itu dengan ucapan penghargaan.

"Terima kasih angah, saya sayang awak," balasnya. 

Drama bersiri Madu Atau Racun baru-baru ini mencetuskan kontroversi susulan beberapa adegan yang didakwa tidak sesuai dengan budaya dan agama Islam sehingga ramai mendesak tayangannya ditarik balik.

Drama terbaharu lakonan Elisya mendapat perhatian ramai.

Susulan itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) meminta iQIYI menurunkan keseluruhan penayangan drama bersiri tersebut bagi membolehkan pihak produksi melakukan suntingan semula terhadap kesemua 12 episod.

Selain Elisya, drama berkenaan turut dibintangi Aliff Aziz dan Uqasha Senrose. 

Madu Atau Racun disiarkan menerusi platform iQIYI pada setiap Jumaat dan Sabtu, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain