SETELAH lama berdiam diri, pelakon Niezam Zaidi akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai isu membabitkan dirinya dengan aktres Fify Azmi dan seorang wanita dari Singapura.Niezam atau Mohd Niezam Mohd Zaidi, 33, tidak menolak kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang dipercayai menjadi punca isu berkenaan hangat diperkatakan sehingga menjejaskan reputasinya. “Demi Allah, apa sahaja naratif yang telah diperkatakan itu sama sekali tidak benar!Niezam tidak teragak-agak ambil tindakan kepada pihak yang mencemarkan namanya.“Apa yang berlaku sebenarnya melibatkan aib dan privasi seseorang. Ia bukan seperti naratif yang digambarkan.“Bagaimanapun, saya tidak mahu bercerita terlalu banyak mengenai perkara ini kerana apabila kita bersuara, bukan semua orang akan percaya.“Kalau seseorang memang tidak suka kita, walaupun kita berada di pihak yang benar, belum tentu mereka akan percaya,” katanya ketika ditemui pada pelancaran trailer, poster dan runut bunyi Orang Perang, di Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.ARTIKEL BERKAITAN: Nama ‘NZ’ jadi bahan jenaka, Fify Azmi siap bergurau... “Kalau Niezam itu seram”ARTIKEL BERKAITAN: Sarah Yasmine tak suka tempat kotor, bawa cadar datang rumah Niezam... Minta Fify Azmi tidak libatkan nama kes curangDalam pada itu, Niezam berkata, hasil perbincangan bersama peguam, dia dimaklumkan mempunyai peluang yang cerah jika mengambil tindakan undang-undang berdasarkan bukti yang dimiliki.Namun begitu, dia masih belum membuat keputusan untuk meneruskan tindakan tersebut kerana memikirkan kesan yang mungkin ditanggung keluarga bekas kekasihnya.“Apabila saya dengar perkara itu, saya terfikir tentang keluarga pihak berkenaan.“Saya fikir, untuk apa saya mahu lakukan sesuatu yang akhirnya mungkin memberi kesan kepada keluarga mereka? Allah lebih mengetahui apa yang saya rasa,” ujarnya.Pendedahan Fify sebelum ini mengundang pelbagai reaksi netizen.Sementara itu, Niezam berkata dia sudah memaafkan semua pihak yang terlibat dalam kejadian tersebut dan memilih untuk memberikan tumpuan kepada kerjaya seninya.Katanya, keputusan itu dibuat kerana dia enggan mencari masalah atau bermusuh dengan mana-mana pihak berhubung perkara berkenaan.“Saya maafkan sesiapa sahaja yang pernah bercakap mengenai saya. Termasuk jenama-jenama besar yang pernah mengolok-olok atau menggunakan perkataan ‘cadar’ untuk mempermainkan nama saya, jangan risau, saya maafkan semua.“Saya tidak mahu mencari musuh dengan sesiapa. Jangan pula cari saya di akhirat nanti. Mahsyar itu luas. Di dunia pun kadang-kadang enam tahun kita tidak berjumpa,” ujarnya.Pada Jun lalu, kecoh di media sosial apabila Fify atau Nur Afiqah Mohamed Azmi, 36, membuat pendedahan tentang dirinya dikhianati kekasihnya yang digelar sebagai NZ kerana berlaku curang.Biarpun Fify tidak mendedahkan nama sebenar namun warganet mula mengaitkan isu curang tersebut dengan aktor Niezam Zaidi. Ia ekoran pasangan ini pernah dikhabarkan bercinta pada 2025.Lebih memburukkan keadaan apabila seorang wanita asal Singapura turut mengakui berkawan dengan Niezam Zaidi selepas namanya juga terlibat dalam isu berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube