suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adira selesai beri keterangan pengesahan lafaz rujuk, 19 Oktober pemfailan hujah

Adira (kiri) dan bekas suami Adnan selesai beri keterangan pada Khamis.

PENYANYI Adira selesai memberi keterangan dalam prosiding pengesahan lafaz rujuk melibatkan dirinya dan bekas suami, Datuk Seri Adnan Abu pada Khamis. 

Mengharapkan keputusan terbaik, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 35, juga juga meluahkan rasa syukur proses di mahkamah berjalan lancar. 

“Saya okay sahaja. Apa sahaja keputusan mahkamah pun kami sudah bersedia,” katanya kepada pemberita. 

Adira akui kehidupannya berjalan seperti biasa.

Adira ditemui selepas selesai prosiding berkenaan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pada Khamis. 

Akur melalui proses mahkamah penyanyi ini juga memberitahu ia merupakan sebahagian yang dijalani sebelum mendapatkan keputusan. 

“Kehidupan saya masih berjalan seperti biasa. Tiada apa yang berubah pun. Kita lalui sahaja,” ujarnya ringkas.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun berlarutan, Adira harap kes pengesahan lafaz rujuk cepat selesai

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Mahkamah tolak permohonan tarik balik kes pengesahan rujuk Datuk Red terhadap Adira

Adira hadir ke mahkamah bersama dua peguam syarie yang mewakilinya, Nor Saidah Zakaria dan Roshdan Sujak Rafie serta abangnya, Nor Azalin yang bertindak sebagai saksi memberi keterangan. 

Dalam prosiding yang berlangsung, Hakim Syarie, Afif Sofiuddin Syeikh Abd Ghani memutuskan tarikh 19 Oktober bagi kedua-dua pihak memfailkan penghujahan sebelum keputusan dibuat. 

Bercakap tentang proses mahkamah, Roshdan memberitahu ia merupakan proses standard yang perlu dilalui kedua-dua pihak.

Keterangan Adira dan Adnan selesai, mahkamah tetapkan 19 Oktober pemfailan hujah sebelum keputusan dibuat.

“Secara asasnya proses perbicaraan telah selesai. Apa yang dilalui adalah proses standard di mahkamah,” ujarnya. 

Adnan, 46, memfailkan kes pengesahan rujuk berkenaan di Mahkamah Syariah Gombak Barat pada Disember 2025. 

Dakwa Adnan, berlaku lafaz rujuk pada Mei 2024 dalam tempoh iddah selepas perceraian, namun Adira dilaporkan tidak mengesahkan perkara tersebut.

Adira bagaimanapun menegaskan tidak mengetahui mengenai pengesahan lafaz rujuk berkenaan.

Adira dan Adnan mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 dan bercerai pada 24 April 2024. 

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 9, Asan, 8, Anggun, 7, dan Ayob, 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain