PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob tidak lagi berselindung apatah lagi mahu menipu peminat berhubung kemesraannya dengan usahawan Datuk Seri Vida yang dilihat luar biasa akrab sejak beberapa bulan lalu.Sebaliknya, pemilik nama penuh Ahmad Fadzli Yaakob, 48, berkata, keintiman mereka bukanlah gimik murahan tetapi ia adalah hubungan sebenar, berputik daripada hati yang ikhlas. “Ini (hubungan cinta) adalah impian setiap manusia yang single.“Apa yang anda lihat selama ini bukan content atau gimik tetapi satu realiti,” katanya kepada mStar.Hubungan Fazley dan Vida (kiri) terjalin selepas mendapat restu keluarga.Pengakuan itu sekali gus menjawab spekulasi umum sebelum ini yang berteka-teki mengenai kesahihan hubungan Dr Fazley dengan Vida atau Hasmiza Othman, 55.Pasangan itu mula akrab sejak mereka dan anak masing-masing menyertai program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) kira-kira tiga bulan lalu.Sejak itu, Fazley dan Vida kerap berkongsi pelbagai kandungan di media sosial yang memperlihatan hubungan romantis mereka sehingga mengundang pelbagai persepsi.Malah, rentetan keintiman di media sosial sebelum ini, pasangan itu juga pernah ditegur oleh pendakwah bebas, PU Syed agar mereka segera bernikah.ARTIKEL BERKAITAN: “Itu tanggungjawab dia” - Fazley Yaakob terima PU Syed saran nikah Vida segeraARTIKEL BERKAITAN: Tersasul panggil ‘sayang’, Vida mengaku ada hubungan dengan Fazley... Siap tunjuk cincin di jariMengulas lanjut, penyanyi lagu Asmara Ini berkata, hubungan serius itu terjalin selepas mendapat restu keluarga dan merujuk kepada ustaz.“Sebelum saya luah hasrat (jalin hubungan), saya ada buat solat istikharah, tanya pada ibu, anak-anak dan dapatkan pendapat ustaz juga.“Ketika itu dia (Vida) terkejut sebab tak pernah ada lelaki gentleman mendekati dia cara begini. Mulai dari itu, kami cuba untuk kenal lebih rapat sehingga sekarang,” katanya.Fazley akan umum tarikh nikah mereka bila tiba waktu sesuai.Ditanya mengenai desas-desus kononnya mereka sudah bernikah secara rahsia, Fazley menegaskan dia dan Vida sedar mengenai status mereka sebagai hak masyarakat.Justeru katanya atas kedudukan itu, mereka pasti akan mengumumkan berita baik berkenaan kepada semua jika segala perkara dirancang berjalan lancar.“Saya sedar sebagai kami hak masyarakat, jadi sudah tentu kami takkan sorok (nikah) cuma buat masa ini belum lagi.“Saya akan beritahu apabila tiba masanya nanti, insya-Allah,” katanya yang seolah-olah menggambarkan masa untuk disatukan itu sudah tidak lama.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!