suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Berapa kali saya nak minta maaf?” – Dr Fie persoal permintaan Nubhan, doa bekas suami lembut hati selesaikan kes komital

BEKAS isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mempersoalkan keperluan untuk dia membuat permohonan maaf secara terbuka seperti diminta bekas suami sebagai syarat bagi menyelesaikan prosiding komital yang difailkan terhadapnya.

Dr Afifah atau lebih mesra disapa Dr Fie, 36, berkata, dia sudah beberapa kali memohon maaf secara peribadi selepas mereka bercerai dan melihat tiada keperluan lain untuk mengulangi perkara sama secara terbuka.

"Bukan tiada keperluan, saya boleh nak minta maaf tapi raya saya dah minta maaf, hari jadi pun saya dah minta maaf. Jadi dia nak permintaan maaf macam mana lagi? Adakah secara terbuka dan atas dasar apa?

"Kalau saya minta maaf, orang boleh buat spekulasi macam-macam seolah-olah saya yang salah.

Dr Fie (kiri) mempersoalkan keperluan untuk dia membuat permohonan maaf.

"Saya dah banyak kali minta maaf selepas bercerai. ‘Maafkan saya, maafkan saya’. Berapa banyak kali saya nak minta maaf?" katanya kepada mStar.

Dr Fie berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas prosiding kedua kes komital yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada Isnin.

Mengulas mengenai kemungkinan mereka menyelesaikan kemelut berkenaan di luar mahkamah, Dr Fie berkata setakat ini tiada perbincangan peribadi berlaku antara mereka.

"Kami hanya berhubung melalui staf atau peguam.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Fie rasa tiada privasi hidup ‘terpenjara’, gerak-geri diperhatikan... Harap kes komital dengan Nubhan segera selesai

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak salah, kenapa takut?” - Peguam Nubhan jawab isu 120 soalan terhadap Dr Fie

"Setakat ini pun tiada (perbincangan antara peguam) yang memaklumkan kalau saya minta maaf, kes ini boleh diselesaikan di luar," ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Fie berharap Nubhan dapat membuka hati dan memberinya ruang untuk dia meneruskan kehidupan demi kebaikan semua pihak terutamanya tiga cahaya mata mereka.

"Saya harap dan minta doa orang ramai untuk dia berlembut hati dengan saya. Biar saya teruskan kehidupan. Dia pun boleh meneruskan kehidupan. Saya pun tak nak ganggu dia.

"Saya tak boleh nak membolak-balikkan hati dia. Hanya Allah yang boleh membolak-balikkan hati dia. Saya harap dan rayu kepada semua orang di luar sana, jangan trigger dia. Lembutkanlah hati dia untuk saya.

"Kalau ini berlanjutan sampai Januari atau apa-apa, kasihanlah dekat anak-anak.

Nubhan mendakwah bekas isteri melanggar tiga perintah mahkamah.

"Saya pun kena jaga hati dan perasaan saya supaya bila ibu mempunyai mental yang baik dan positif, barulah kita boleh melayan anak-anak dengan baik dan positif," kongsinya

Pada Mei lalu, Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 40, memfailkan prosiding komital terhadap bekas isteri selepas mendakwa Afifah melanggar tiga perintah mahkamah.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Fiee mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada 2 Disember 2025 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 9, Ahmad Aaffan, 7, dan Afzan Nayille, 4.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain