suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Selamat hari jadi sayangku“ - Ucapan ulang tahun kekasih raih perhatian, status hubungan Diana Danielle jadi tanda tanya

Diana (kanan) meraikan ulang tahun kelahiran kekasih dan hubungan mereka.

PELAKON Diana Danielle mencetuskan tanda tanya apabila mengucapkan selamat hari lahir buat kekasihnya, Bern walaupun sebelum ini memaklumkan hubungan mereka sudah berakhir.

Menerusi hantaran di Instagram, Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 34, menyifatkan Bern sebagai individu yang disayangi dan mengakui gembira melihat orang di sekeliling turut menyayangi lelaki itu.

"Selamat hari jadi, sayangku. 

Ucapan manis Diana buat Bern (kiri) menarik perhatian ramai.

Ucapan manis Diana buat Bern (kiri) menarik perhatian ramai.

"Saya sayangkan awak dan saya suka melihat semua orang di sekeliling saya turut menyayangi awak sama seperti saya," katanya.  

Dalam hantaran sama, Diana turut berkongsi beberapa keping gambar kenangan bersama Bern bagi menggambarkan perjalanan hubungan mereka sepanjang setahun lalu.

"Memandangkan ini akaun awam, biarlah gambar-gambar ini menceritakan pengembaraan yang telah kita lalui bersama. 

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle tiba-tiba kembali solo, hubungan cinta sudah tamat... “Adalah sebabnya“

ARTIKEL BERKAITAN: Putus ke tidak? Kekasih Diana Danielle masih kongsi foto bersama, siap panggil ‘ayang’

"Hari ini juga menandakan genap setahun kita bersama. Selamat menikmati usia 39 tahun," ujarnya. 

Perkongsian tersebut sekali gus menimbulkan persoalan mengenai status sebenar hubungan mereka selepas Diana pada 15 September lalu menerusi Threads memaklumkan dirinya kini kembali bergelar wanita bujang.

Sebelum ini, Diana juga tidak pernah berselindung mengenai hubungan cintanya bersama Bern apabila beberapa kali berkongsi momen dan kisah percintaan mereka menerusi media sosial.

Malah, aktres berkenaan turut membawa Bern ke majlis malam gala filem terbaharu lakonannya, Terbang, sebelum ini.

Diana dan Bern (kanan) sudah setahun mengenali hati budi.

Untuk rekod, Diana pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Farid Kamil pada 3 November 2012 sebelum mereka bercerai buat kali kedua pada 24 Mac tahun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 13, dan Nur Aurora, 11.

Selepas tamat tempoh idah, Diana mengakui menjalinkan hubungan cinta bersama Bern.

 

Artikel Lain