suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akaun sosial digodam, Erynne Erynna buat laporan polis demi keselamatan... “Nak cerita panjang tapi ‘hacker‘ itu ugut saya“

Erynne dakwa dia menerima ugutan.

PELAKON Erynne Erynna tampil membuat laporan polis susulan menerima ugutan daripada individu tidak dikenali yang cuba menggodam akaun sosial miliknya.

Menurut Erynne atau Syazlynne Erynna Abdullah, 29, tindakan penggodam itu dipercayai dilakukan kerana diupah oleh seorang individu yang dikenalinya.

"Ada orang yang saya kenali upah orang untuk godam akaun saya. Secara dasarnya dah mengganggu privasi saya. Nak cerita memang panjang, tapi hacker itu ugut saya sebab tak nak beri apa yang dia minta.

Erynne tampil buat laporan polis demi keselamatan. 

"Hacker itu ugut suruh saya berhati-hati," katanya.

Erynne berkongsi perkara tersebut dalam satu hantaran video yang dimuat naik di laman Threads miliknya.

Menerusi perkongsian berkenaan pelakon itu membuat laporan polis pada 23 September.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkahwinan hanya bertahan 5 tahun, Erynne Erynna umum sudah bercerai - “Kepada Afify, terima kasih untuk segalanya” 

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu pelakon cilik kini dah jadi ibu... Erynne Erynna akui masih susah dapat watak dewasa - “Mungkin kena tukar imej, solekan untuk nampak matang”

Dia bagaimanapun enggan menjelaskan secara terperinci tentang laporan tersebut dan turut menutup bahagian lokasi balai polis.

Tambah pelakon ini laporan berkenaan bertujuan menjaga keselamatan diri, anak dan keluarganya.

Erynne menasihati pengikut media sosial agar berhati-hati. 

Erynne juga menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya jika menerima sebarang mesej meragukan melalui mana-mana akaun media sosial di atas namanya.

"Kalau anda ada terima DM (direct message) pelik-pelik dari akaun saya, maknanya ada faham dan tahu akaun saya telah digodam. Jadi jangan dilayan. Mana tahu dia minta duit ke?

"Saya buat laporan polis untuk keselamatan diri, anak dan keluarga," jelasnya.

Artikel Lain