STATUS terkini hubungan cinta pelakon Diana Danielle dengan lelaki yang dikenali sebagai Bern menjadi tanda tanya selepas mereka dilihat kembali berkongsi gambar bersama di laman Instagram.Menerusi satu perkongsian, Bern menulis penghargaan sempena pelancaran filem terbaharu lakonan Diana berjudul Terbang. Namun apa yang menarik perhatian adalah tulisan pada ruangan kapsyen yang menulis Diana sebagai 'ayang'.Diana sebelum ini mengesahkan hubungan dengan Bern sudah berakhir. "Sangat bangga dengan ayang kerana menjadi sebahagian daripada yang hero Malaysia yang memberi inspirasi," katanya.Bern juga memuat naik beberapa keping gambar mereka bersama ketika hadir ke malam gala filem berkenaan di TGV KLCC, Kuala Lumpur pada Isnin.Dia kemudian dilihat membuat hantaran semua atau repost perkongsian tersebut. Ketika itu lelaki berkenaan hadir memberi sokongan kepada Diana dan filem tersebut.ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle bersyukur teman lelaki boleh diharap, enggan terburu kahwin - “Bila dah ada kad, saya akan edarkan“ ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle tiba-tiba kembali solo, hubungan cinta sudah tamat... “Adalah sebabnya“Sejurus selepas tayangan itu, Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 35, mencuri tumpuan ramai dengan satu hantaran di laman Threads memberi bayangan hubungan cinta mereka sudah berakhir.Malah menerusi temu bual bersama media, Diana mengesahkan dia kembali solo namun memilih untuk tidak berkongsi lanjut alasan berpisah.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube