suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru dua tahun, anak MK K-Clique dah pandai nyanyi rap

MK tak pernah halang minat anak perempuannya.

PENYANYI dan pelakon MK K-Clique teruja melihat perkembangan anak perempuannya iaitu Aya Rayana yang kini semakin menunjukkan minat terhadap muzik terutama genre rap.

MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 30, berkata anak sulungnya yang baru berusia dua tahun itu sudah mampu menghafal beberapa lagu nyanyiannya iaitu Pulang, Risiko dan Mimpi.

"Saya tidak tipu. Baru dua tahun tetapi dia boleh ikut lagu Pulang, Risiko dan Mimpi. Cuma kalau saya rap di rumah, dia marah. Itu yang saya pelik.

Aya mula warisi bakat MK.

"Kalau pasang lagu itu dan saya ikut rap, dia akan marah," katanya.

Berkongsi mengenai telatah Aya, MK berkata isterinya, Siti Hajaar sering merakam gelagat anak mereka dan menghantar video berkenaan kepadanya.

Bukan sahaja mampu mengikut rentak lagu, Aya juga turut gemar menyanyi dan menari.

ARTIKEL BERKAITAN: MK K-Clique makin matang sejak jadi bapa… “Belum sedia kongsi wajah Aya Rayana di media sosial”

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak mahu sentuh perempuan lain, MK K-Clique janji jaga batas demi maruah diri dan isteri

"Isteri saya selalu hantar video dia menyanyikan lagu Pulang. Sebelum ini pun kami selalu bawa dia ke persembahan.

"Ketika dia masih kecil, kami hanya buka tingkap kereta di belakang pentas. Jadi, dia tahu bapanya pergi buat persembahan rap.

"Sekarang apabila sudah besar, dia akan berada di tepi pentas, duduk diam dan tengok," kongsinya.

Saya mahukan yang terbaik untuk dia dan mahu dia melakukan apa yang dia suka.

MK K-CLIQUE

PELAKON/PENYANYI

Ditanya mengenai kemungkinan Aya mengikut jejak langkahnya dalam bidang rap, MK berkata dia tidak akan menghalang sekiranya itu benar-benar minat anaknya.

MK bagaimanapun berkata dia tetap akan memastikan agama menjadi pegangan utama dalam kehidupan puterinya itu.

"Janganlah dia rap! Tetapi kalau dia minat rap, terpulanglah. Saya terbuka dengan anak saya.

MK dan isteri kurang dedahkan anak pada sosial media.

"Saya mahukan yang terbaik untuk dia dan mahu dia melakukan apa yang dia suka. Saya tidak mahu menghalang atau mengehadkan minatnya.

"Yang penting, saya mahu dia tahu apa yang patut dan tidak patut, mana yang baik dan buruk serta mana yang halal dan haram. Insya-Allah, saya akan sentiasa ada untuk membimbing dia," ujarnya.

Untuk rekod, MK mendirikan rumah tangga dengan Hajaar pada 16 Jun 2023 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Aya Rayana pada 3 Ogos 2024.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain