suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bintangi filem AI pertama Malaysia, Chubb-E yakin teknologi tidak ambil alih tugas pelakon

Chubb-E tidak menganggap penggunaan AI dalam filem sebagai satu jalan mudah.

TAMPIL dalam filem yang menggabungkan teknologi kecerdasan buatan (AI), penyanyi dan pelakon Chubb-E tidak melihat perkembangan teknologi itu perkara yang perlu ditakuti.

Sebaliknya, Chubb-E atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn Awang Ashrul Affandy, 27, menganggap projek tersebut sebagai satu usaha meneroka teknologi baharu dalam industri seni.

Menurutnya, setiap perkara baharu pasti mempunyai pihak yang menyokong dan sebaliknya, namun apa yang penting adalah keberanian untuk mencuba.

Chubb E terbuka meneroka teknologi baharu dalam industri seni.

Chubb-E berpendapat manusia tidak perlu takut dengan perkembangan teknologi AI.

“Pada saya, orang terima atau tidak, hadap sahaja. Manusia memang macam itu. Apa sahaja yang kita buat, ada yang suka dan ada yang tidak suka.

“Yang penting bagi saya, ini merupakan teknologi baharu. Macam mana sekali pun, mesti ada seseorang yang mula dan cuba teknologi ini,” katanya.

Chubb-E berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan eksklusif filem Siluman: Dendam Harimau Jadian yang berlangsung di TGV, KLCC pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemunculan wanita separuh bogel dalam MV ‘Rambang’ idea ibu, Chubb-E sedih terpaksa potong babak panas

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Nadira tak lagi rapat dengan Chubb-E, kini sedang kenal hati budi lelaki berjambang

Mengulas penglibatannya dalam filem berkenaan, Chubb-E menjelaskan penggunaan AI bukan mengambil alih tugas pelakon sepenuhnya.

Sebaliknya, kata Chubb-E, filem tersebut menggunakan pendekatan hibrid yang menggabungkan lakonan sebenar bersama teknologi AI.

“Saya sertai projek ini sebab pihak produksi mahu mengetengahkan hak pelakon, bukan menggunakan AI semata-mata.

“Mereka mahu tunjuk teknologi ini boleh membantu barisan pelakon dan bukannya mengambil alih peranan mereka sepenuhnya.

“Sebab itu projek ini sebenarnya bersifat hibrid. Kita memang buat babak itu sendiri dan ada gabungan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI),” ujarnya.

Chubb E bakal membintangi filem Siluman: Dendam Harimau Jadian.

Chubb-E percaya tugas pelakon tetap wujud walaupun teknologi AI digunakan secara meluas dalam filem di masa depan.

Selain Chubb-E, filem tersebut turut menampilkan Cat Farish dan Dboy Hamdan.

Chubb-E merupakan filem cereka berasaskan AI terbitan Infinite Loop Media Sdn Bhd (ILM) dan arahan Fazli Yasin.

Filem berkenaan mengetengahkan kisah seekor harimau jadian selain menjadi projek demonstrasi kepada sistem produksi berkeupayaan AI yang dibangunkan ILM.

Sistem tersebut direka untuk menghasilkan sebuah filem cereka penuh bermula daripada peringkat konsep sehingga ke skrin dalam tempoh kurang daripada setahun.

Artikel Lain