suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Farah Ahmad kongsi cerita anak belajar berlakon sejak kecil, Mhia tanya cara menangis... “Aku biarkan saja”

Farah anggap kejayaan anak bukan dipengaruhi daripada keluarga.

PELAKON Farah Ahmad enggan anaknya iaitu Mhia Firdaus dianggap menggunakan pengaruh keluarga atau dilabel sebagai ‘nepo baby’ selepas tercalon dalam Anugerah Golden Horse ke-63.

Berkongsi perjalanan awal karier anaknya itu, Farah atau Nur Farahaizah Ahmad Zaharuddin, 49, berkata dia masih mengingati persoalan yang diajukan Mhia mengenai teknik menjayakan babak menangis.

"Untunglah sebab latar belakang keluarga yang selalu diperkatakan bagi nepo baby.

Farah imbau kembali kenangan bersama anaknya.

"Anak aku? Ingat lagi masa kecil Mhia tanya macam mana nak berlakon menangis. Aku jawab, rasa dan fikir. Itu saja jawapan aku," katanya menerusi perkongsian di Threads.

Menurut Farah, dia tidak memberikan sebarang jawapan khusus kepada Mhia sebaliknya membiarkan anaknya memahami sendiri perasaan dan emosi ketika menjayakan sesuatu babak.

"Dalam hati tak tahu apa anak aku fikir. Yang aku tahu, kadang-kadang nampaklah si Mhia feeling berlakon menangis.

ARTIKEL BERKAITAN: Farah Ahmad kesal sikap kurang beradab, tergamak tulis komen sensitif pemergian tokoh negara

ARTIKEL BERKAITAN: Farah Ahmad saran ibu bapa tolak skrip berunsur ganas, bimbang pelakon cilik alami trauma

"Aku biarkan saja supaya dia tahu macam mana mekanisme badan dia untuk faham apa itu rasa, bukan lakonan semata-mata," jelasnya.

Dalam pada itu, Farah yang juga tenaga pengajar lakonan berkata, pendekatan terhadap Mhia berbeza berbanding pelajarnya yang sememangnya diberikan tunjuk ajar secara terperinci.

"Untung lagi pelajar aku bila belajar lakonan, kita mengajar A sampai Z. Terangkan itu dan ini sampai faham, itu pun ada yang tak faham," ujarnya.

Farah bangga dengan kerjayaan anaknya.

Pada 3 Oktober lalu, Mhia, 20, tercalon kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Anugerah Golden Horse ke-63 menerusi filem Sayang-Sayang.

Selain Mhia, filem hasil kerjasama produksi Malaysia dan Taiwan itu turut menerima empat pencalonan lain pada anugerah berkenaan.

Filem arahan Tang Hsiang-Chu itu turut dicalonkan dalam kategori Lakon Layar Asal Terbaik, Pelakon Baharu Terbaik, Kesan Bunyi Terbaik serta Kesan Visual Terbaik.

Artikel Lain