PELAKON Farah Ahmad berpendapat kanak-kanak tidak wajar terlibat dalam pembikinan sebuah karya yang mengandungi unsur keganasan.Bagi Farah atau Nur Farahaizah Ahmad Zaharuddin, 49, adegan sedemikian boleh mendatangkan kesan trauma kepada bintang cilik sekiranya mereka menyaksikan babak tersebut di lokasi penggambaran. Lebih teruk lagi apabila kesan trauma tersebut tidak dapat dikesan secara mata kasar dan seorang pelakon kanak-kanak itu hanya memendam perasaan.Perkongsian Farah di Threads. "Itulah fasal kanak-kanak kurang sesuai berlakon dalam cerita yang melibatkan keganasan atau trauma yang kita tidak pasti apa yang akan disimpan," katanya.Farah menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di Threads bersama sebuah perkongsian lain yang memaparkan tentang kesan trauma terhadap kanak-kanak susulan perbalahan orang dewasa.Sebagai pelakon yang berpengalaman, Farah juga yakin perlu ada bimbingan pakar di lokasi selain penjelasan secara terperinci oleh pihak produksi.ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau nak popular dah lama aku buat” - Farah Ahmad pilih jalan susah, tak menumpang sesiapa untuk dikenali ARTIKEL BERKAITAN: [V] Rasa jijik lakon babak cium dan jilat kaki Farah Ahmad, Hariz Hamdan lakukan atas dasar tanggungjawab sebagai pelakon"Penting untuk ada counter back (pakar kaunseling) bagi pelakon kanak-kanak di set cerita terlibat."Pihak produksi atau yang dewasa perlu penerangan atau pengajaran akan babak yang dilakukan.Farah nasihat ibu bapa teliti dalam memilih tawaran kerja untuk pelakon kanak-kanak. "Bukan sahaja fizikal tetapi sangat penting untuk mental kerana ianya tidak nampak dengan mata kasar dan kesan dia bukan dalam masa terdekat," ujarnya.Dalam masa sama, Farah juga menasihati ibu bapa kepada mana-mana pelakon kanak-kanak agar lebih teliti dalam pemilihan naskhah untuk anak mereka."Ibu bapa sila baca skrip watak apa yang ditawarkan kepada anak anda," kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube