PELAKON Janna Nick memohon orang ramai agar tidak bersimpati kepadanya yang kini masih berusaha untuk mendapatkan zuriat atau lebih dikenali dengan istilah trying to conceive (TTC). Janna atau Nurul Jannah Muner, 31, berkata dia sudah menerima ketentuan Allah SWT dan percaya setiap perkara yang berlaku mempunyai perancangan dan sebab tersendiri. "Korang (netizen) janganlah simpati sangat dengan takdir orang TTC macam saya ini. Janna berharap orang ramai tidak terlalu bersimpati terhadap keadaan dirinya."Saya okay saja, reda dengan ketentuan Allah dan yakin dengan perancanganNya. "Allah tahu apa yang terbaik buat kami," katanya. Janna berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Janna Nick cuba ikhtiar dapatkan zuriat, minta cadangan rawatan Islam tapi tak mahu syarat pelikARTIKEL BERKAITAN: “Adakah mereka takut saya sedih?“ - Janna Nick okey hadiri ‘baby shower‘, suka rai kawan hamilBagaimanapun, pelakon itu mengakui ada ketika dia berasa sedih dengan situasi yang dilalui, namun perasaan tersebut tidak berpanjangan.Menurut Janna, dia memilih untuk melihat sisi positif daripada dugaan itu dengan meluangkan lebih banyak masa bersama suaminya, pelakon Dini Schatzmann."Sedih sedikit itu biasalah. Ada momen macam itu yang datang dan pergi. Kadang-kadang memang tak boleh nak kawal. "Hidup berdua saja pun tidaklah sendu sangat. Janna dan Dini (kiri) bahagia hidup berdua bersama."Bosan-bosan boleh pergi melancong tanpa fikir cuti sekolah anak. Tapi sejujurnya saya okay saja," ujarnya. Sebelum ini, Janna mendedahkan dia pernah menjalani rawatan persenyawaan in vitro (In vitro fertilization) namun gagal. Untuk rekod, Janna mendirikan rumah tangga dengan Dini pada Jun 2023.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube