suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nama tiada dalam syarikat, Dayana Roza baru tahu lepas cerai...“Rupanya bukan hak saya pun“

Dayana berharap semua video, gambar dan bahan promosi melibatkan dirinya diturunkan segera.

ENGGAN kekeliruan terus berlaku, pelakon Dayana Roza tampil memberikan penjelasan mengenai dua premis perniagaan yang sering dikaitkan dengannya iaitu SBC Ampang dan Supreme Barbeque Club.

Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin, 35, berkata dia tidak lagi mempunyai sebarang kaitan, penglibatan, pemilikan atau hubungan perundangan dengan kedua-dua perniagaan tersebut.

“Sepanjang tempoh perkahwinan, saya berada dalam keadaan mempercayai bahawa saya mempunyai penglibatan dalam perniagaan tersebut dan telah menandatangani beberapa dokumen yang diberikan kepada saya pada ketika itu.

Kenyataan yang dikeluarkan Dayana untuk mengelak salah faham orang ramai.

“Walau bagaimanapun, selepas perceraian dan selepas saya membuat semakan rasmi dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), saya mengesahkan bahawa nama saya tidak tersenarai dalam sebarang pendaftaran syarikat atau rekod pemilikan yang berkaitan dengan perniagaan tersebut,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Difahamkan, kedua-dua premis berkenaan dipercayai diuruskan bersama bekas suaminya, A’dale Adham Ayahudin, ketika mereka masih suami isteri.

Menurut Dayana, perkara tersebut juga menjadi antara punca dia berdiam diri sejak awal tahun ini selain mengurangkan penggunaan media sosial bagi menenangkan diri sebelum bangkit semula.

“Pada masa sama, saya masih berharap perkara-perkara tertentu dapat diselesaikan secara tertutup dan aman.

ARTIKEL BERKAITAN: Jodoh tak panjang, Dayana Roza sah bercerai talak satu

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa makin ramai lelaki Melayu curang?” - Dayana Roza minta isteri angkat kaki jika suami tak berubah, bercakap atas pengalaman sendiri

“Tetapi kadangkala, apabila anda berdiam diri terlalu lama, orang mula berfikir bahawa diam anda bermakna anda tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan,” ujarnya.

Dayana turut mendakwa dia banyak membantu menguruskan urusan perniagaan berkenaan sepanjang tempoh tersebut sehingga terpaksa mengetepikan kerjaya lakonan.

Bagaimanapun, katanya, segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan tidak memberikan sebarang faedah sama ada bahagian pemilikan atau bayaran kepadanya.

“Rupanya bukan hak saya pun. Selama ini saya buat kerja amal tanpa gaji, tiada bahagian dan nama pun tiada dalam syarikat.

Biar fakta yang berbicara sendiri, saya simpan resit-resit itu.

DAYANA ROZA

PELAKON

“Hutang lapuk tidak dibayar, malah saya juga baru-baru ini mendapat ‘hadiah percuma’ daripada CTOS,” katanya.

Dalam pada itu, Dayana menjelaskan dia sebelum ini memilih untuk tidak mendedahkan situasi itu kerana mahu melindungi individu tertentu, menjaga keadaan dan mengelakkan situasi menjadi lebih buruk.

Namun, katanya, keadaan berubah apabila dia berasa tidak lagi dihormati dan sikap berdiam diri itu mula diambil kesempatan.

“Saya bukan nak gaduh. Saya cuma nak nyatakan fakta, bersihkan nama saya dan pertahankan diri serta anak-anak saya.

Dayana ambil masa untuk bangkit kembali.

“Jika sesiapa ingin mencabar atau mempertikaikan apa yang saya katakan, silakan sahaja. Kalau perlu, saya akan keluarkan bukti satu per satu mengenai semua yang selama ini saya simpan bertahun-tahun.

“Cuma saya risau nanti terlalu banyak nama yang akan dipaparkan dan terdedah sepanjang proses itu. Biar fakta yang berbicara sendiri. Alhamdulillah, saya simpan resit-resit itu,” kongsinya.

Sementara itu, Dayana turut berharap agar semua video, gambar, bahan promosi atau sebarang kandungan yang menggunakan imej, nama atau identitinya berkaitan perniagaan tersebut diturunkan daripada semua platform.

Ini kerana dia sering menerima pertanyaan daripada orang ramai berhubung tempahan, bayaran balik, pembayaran, gaji tertunggak, hutang serta pelbagai isu lain membabitkan perniagaan itu.

Dayana harap dirinya tidak dicari bagi menyelesaikan masalah permis berkenaan.

“Saya bukan pemiliknya dan saya tidak terlibat langsung dalam syarikat ini. Tolong bawa perkara itu kepada pihak yang bertanggungjawab,” jelasnya.

Untuk rekod, Dayana mengesahkan perkahwinan dengan usahawan A’dale Adham Ayahudin bernoktah apabila mereka sah bercerai talak satu pada 18 Disember 2025. 

Mereka berkahwin pada 25 Disember 2020 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Astrid Raheeya, 4, dan Aryan Andika, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain