PEMPENGARUH Aisar Khaled berharap terus diberikan kekuatan untuk berdepan dugaan selepas didakwa terlibat dalam penipuan dan penyelewengan wang berjumlah kira-kira RM1.3 juta.Aisar, 26, berkata dia menyedari bukan semua orang senang dengan kehadirannya malah mengakui ada pihak yang mahu melihat dirinya gagal dalam perjuangan yang dilakukan. “Banyak orang ingin melihat aku jatuh. Mereka menunggu saat aku lemah, berharap aku gagal, bahkan mungkin merasa bahagia ketika melihat aku terluka.Luahan Aisar jadi perhatian ramai.“Ada yang datang membawa senyum, tetapi di belakangku mereka menjatuhkan. Ada yang mengaku teman, tetapi diam-diam menjadi orang yang paling ingin melihatku hancur.“Aku tahu, tidak semua orang menyukaiku, dan aku juga tidak bisa memaksa semua orang untuk memahami perjuanganku,” katanya menerusi hantaran di Instagram.Dalam hantaran sama, dia turut berkongsi beberapa foto mengenai bantuan yang pernah dihulurkan kepada golongan memerlukan untuk rakyat Indonesia.Tambah Aisar, dia tidak akan menyerah dengan segala tuduhan yang dilemparkan sebaliknya akan terus bangkit menghadapi setiap ujian.ARTIKEL BERKAITAN: Aisar Khaled didakwa seleweng duit pelaburan RM1.3 juta di IndonesiaARTIKEL BERKAITAN: “Semoga Allah mudahkan. Doakan ya“ - Aisar Khaled jawab ringkas dakwaan seleweng duit pelaburan RM1.3 juta di Indonesia“Terluka bukan berarti kalah. Aku mungkin bisa dipatahkan, tetapi aku akan selalu mencari cara untuk bangkit kembali.“Ketika suatu hari aku berhasil berdiri lebih kuat dari sebelumnya, aku tidak akan sibuk membalas siapa pun.“Kalian boleh berharap aku jatuh, tetapi jangan pernah berharap aku menyerah,” kongsinya.Dalam pada itu, Aisar percaya masih ramai yang akan terus menyokong perjuangan yang sudah lama dimulakannya.Aisar sentiasa hulur bantuan kepada mereka memerlukan.“Ribuan orang membenciku tetapi aku percaya jutaan manusia di Indonesia senang dengan kehadiran diriku.“Aku cuma seorang anak dari negara Malaysia yang ingin berkongsi kebahagiaan di Indonesia. Bismillah, aku kuat,” ujarnya.Pada Isnin lalu, satu laporan polis dibuat terhadap Aisar di Balai Polis Metro Jaya, Jakarta, Indonesia berhubung dakwaan penipuan dan penyelewengan wang.Menurut peguam yang mewakili pelapor, Machi Achmad, laporan tersebut dibuat selepas pihaknya gagal mendapatkan sebarang respons daripada Aisar meskipun sudah beberapa kali cuba menghubunginya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube