TIDAK berputus asa dalam usaha mendapatkan cahaya mata, pelakon Janna Nick memilih untuk mencuba ikhtiar menerusi rawatan Islam.Janna atau Nurul Jannah Muner, 31, menerusi media sosial meminta cadangan daripada netizen mengenai pusat rawatan Islam yang tidak mengenakan sebarang syarat pelik atau ‘pengeras’. "Boleh tak cadangkan pusat rawatan Islam yang tak guna pengeras. Tak ada syarat pelik, tak ada syarat kena buat beberapa kali rawatan, tak payah bawa garam, kelapa, kain kuning atau apa-apa benda pelik.Janna meminta cadangan ramai tentang kaedah rawatan Islam. "Jangan cakap tak ada pengeras, tiba-tiba lepas habis urut minta benda bukan-bukan," tulis di laman Threads.Dia dalam masa sama tidak mahu menerima sebarang bentuk rawatan yang melibatkan unsur yang bertentangan dengan agama Islam."Kalau ada unsur perjanjian dengan benda-benda ghaib atau syaitan, memang saya tak nak. Walaupun rawatan itu dibuat atas nama perubatan Islam," tegasnya.ARTIKEL BERKAITAN: “Adakah mereka takut saya sedih?“ - Janna Nick okey hadiri ‘baby shower‘, suka rai kawan hamil ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan sombong, tapi insecure!” – Janna Nick anggap diri selekeh, segan jumpa orang luarHantaran tersebut mendapat respons daripada pengikut yang turut memberikan cadangan kepada Janna beberapa tempat untuk dia melakukan rawatan.Menerusi ruangan komen, pelakon itu juga memberitahu dia sebelum ini sudah melalui rawatan moden dan mengambil ikhtiar dengan kaedah berbeza.Untuk rekod, Janna sah bergelar isteri kepada pelakon Dini Schatzmann pada Jun 2023.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube