suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Semudah itu label rubbish song” - Nabila Razali ‘sekolahkan’ netizen kutuk lagu nyanyiannya

Nabila menegur tindakan netizen yang menggelar lagunya sampah.

TINDAKAN seorang pengguna media sosial melabelkan lagu nyanyiannya sebagai 'sampah' mengundang komen dan teguran daripada penyanyi Nabila Razali.

Enggan terus melatah, Nabila, 34, bagaimanapun berkata hantaran individu berkenaan dilihat seolah-olah tidak menghormati penat lelah seorang penggiat seni dan boleh mengguris perasaan orang lain.

"Seseorang tangkap layar dan hantar perkara ini kepada saya. Saya tak marah, cuma kadang-kadang tak semua perkara yang kita fikir itu betul. Jadi, sebelum buka mulut atau sebelum taip sesuatu, fikir dulu.

Hantaran Nabila di Threads. 

"Semudah itu label 'rubbish song', tanpa fikir usaha dan penat lelah orang lain," katanya melalui satu hantaran di Threads. 

Menerusi perkongsian itu, Nabila turut memuat naik satu tangkap layar status ditulis individu berkenaan yang meluahkan rasa syukur apabila tidak perlu bekerja mengikut waktu pejabat.

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali tolak tawaran komersial untuk anak, suami tidak izin terlibat penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali ulas dakwaan rehat berlakon kerana sudah kaya, titip pesan buat rakan selebriti masih menanti ‘job’

Bukan sahaja terlepas kesesakan jalan raya, malah individu berkenaan juga berkata dia tidak perlu mendengar lagu Nabila seawal pukul 7.30 pagi yang disifatkannya mampu mengganggu emosi.

Malah individu itu melabelkan lagu Nabila berjudul Pematah Hati sebagai lagu yang tidak berkualiti.

Nabila harap orang ramai dapat menghormati karya hasil usaha keras pasukannya. 

Dalam masa sama, Nabila turut mengingatkan individu berkenaan bahawa setiap karya seni yang terhasil mempunyai proses kerja dan usaha yang tinggi dan tidak wajar diperlekehkan.

"Apa-apa pun tahniah saudari kerana direzekikan dengan cara kerja sekarang, tak perlu hadap pembuli jalan raya sekalian, tetapi tanpa sedar saudari juga membuli orang lain," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Ibu Elfira Loy meninggal dunia