suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Karier lakonan bukan sekadar sumber rezeki, Siti Elizad dapat tambah pahala

Elizad anggap kerjaya lakonan merupakan medium untuk dia mengumpul pahala.

PELAKON Siti Elizad melihat kerjaya lakonan bukan sekadar tempat mencari rezeki, sebaliknya turut menjadi medium untuk dia mengumpul pahala sekiranya sesebuah naskhah membawa mesej positif.

Kata Elizad, 42, dia berbesar hati apabila ditawarkan peluang menjayakan karya yang dapat mendidik dirinya termasuklah memberikan manfaat kepada penonton.

"Bila kita dapat watak yang boleh menyampaikan mesej yang bagus, mengapa tidak kita terima? Sebagai pelakon, mungkin kadang-kadang saya tertanya-tanya, betul ke laluan kerjaya saya ini? Saya sendiri belajar perlahan-lahan.

"Contohnya ketika menjayakan drama Mistik Bilik Mayat untuk TV AlHijrah, saya perlu memakai stoking. Lama-lama saya rasa tidaklah teruk atau susah sangat. Walaupun cuaca panas, kita belajar memakai pakaian yang lebih longgar.

Elizad suka ambil nashkah yang banyak beri pengajaran kepada orang ramai. 

"Saya fikir apa yang kita lakukan ini adalah sesuatu yang Allah mahu kita belajar," katanya ketika ditemui mStar di sidang media Pentas Drama TV AlHijrah 2026.

Menurut Elizad, peluang membintangi drama arahan Rashid Sibir itu turut membuka matanya mengenai beberapa perkara berkaitan pengurusan jenazah yang sebelum ini tidak diketahuinya.

"Untuk dapat watak dalam drama sebegini, saya tak pernah terfikir pun tapi tiba-tiba dapat tawaran ini, saya rasa macam berbesar hati. Kalau saya tidak diberi peluang untuk watak ini, mungkin saya tidak tahu mengenai perkara tertentu.

"Contohnya pasal nak cabut susuk, saya ingat susuk boleh terus dicabut apabila seseorang meninggal dunia. Rupanya tidak. Perlu panggil orang yang lebih arif.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak fikir kalau ada orang tak suka, Siti Elizad mahu hidup tenang berdua bersama suami

ARTIKEL BERKAITAN: Bahagia tanpa kemewahan, hati Siti Elizad terguris suami kena kutuk

"Saya juga baru tahu apabila seseorang meninggal dunia, rupa boleh berubah. Itu sebenarnya menakutkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Elizad memberitahu penglibatannya dalam drama berkenaan membuatkan dia lebih banyak berfikir mengenai kehidupan, khususnya tentang kematian termasuklah amalan dan pahala.

Elizad juga berkata dia kini lebih memahami bahawa ruang untuk melakukan kebaikan dan memperoleh pahala tidak hanya terhad kepada tanggungjawab terhadap suami atau anak-anak.

"Selain daripada saya nak kumpul pahala daripada suami, saya belajar kita keluar rumah, kita boleh buat pahala dengan jiran malah binatang.

Lakonan membuatkan Elizad lebih banyak berfikir mengenai kematian termasuklah amalan dan pahala.

"Kadang-kadang zikir kita pun boleh disedekahkan kepada orang lain. Dialog-dialog dalam cerita ini banyak saya terapkan dalam kehidupan sendiri,” katanya.

Untuk info, Mistik Bilik Mayat bakal bersiaran menerusi aplikasi penstriman digital AlHijrah Plus (AH+) bermula 22 September hingga 26 Oktober pada pukul 10 malam.

Siri lapan episod terbitan Opera Klasik Film itu membawa penonton mendekati tema kematian, pengurusan jenazah dan pengebumian yang jarang diterokai secara mendalam dalam drama televisyen.

Pada masa sama, pelbagai kepercayaan mistik dan amalan yang berakar dalam masyarakat turut dirungkai menerusi perspektif Islam.

Selain Elizad, drama berkenaan turut dibintangi Khir Rahman, Omar Abdullah dan Datuk Fauziah Nawi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Berikut

Ibu Elfira Loy meninggal dunia

Artikel Lain

Ibu Elfira Loy meninggal dunia